Sabtu, 2 Januari 2010

pupuk cinta dengan ikhlas


Panas yang diharapkan sampai ke petang, siapa sangka hujan mencurah di tengah hari. Puas sudah membajai cinta, dibumbui kasih dan sayang, membelai serta memupuknya dengan penuh tanggungjawab namun pasangan yang bertakhta di sanubari tetap berubah hati.

Terlalu sukarkah mencintai isteri atau sememangnya si suami tidak pernah mensyukuri?

Ada bijak pandai mengatakan, perempuan umpama cermin, mesti cermat dan halus apabila berhadapan dengan mereka. Terutama yang yang bergelar isteri, sensitif, cepat kecil hati, merajuk dan minta dipujuk memang sifat wanita. Sebenarnya bukan susah melayan isteri.

Seorang suami yang pandai mengambil hati, memujuk rayu jika diperlukan, bercakap lemah lembut dan rajin bergurau senda, ia sudah memadai.

Perhatikan hasilnya, si isteri akan sanggup bersusah payah menyediakan makan dan minum di samping menguruskan rumah tangga, malah sanggup pula ke hulu ke hilir menambah pendapatan suami.

Walaupun hidup dalam serba kekurangan, Insya-Allah hidup pasangan begini akan rukun damai sampai bila-bila.

Bagaimanapun, hal ini merujuk kepada wanita yang melimpah ruah dengan kasih dan sayang. Mengutamakan rumah tangga dan berusaha menceriakannya walaupun si suami bukan berpangkat besar atau mempunyai wang banyak.

Bagi wanita yang memegang prinsip, ‘ada wang abang sayang, tidak ada duit abang melayang’, lain pula penyudahnya. Jika yang dicintai itu wang, yang disayang itu kemewahan, memang rumah tangga tidak bahagia dan aman.
Ada juga yang mengatakan, peranan wang membeli kasih dan sayang lalu ia berkait antara satu sama lain.

Sebenarnya wang sekadar dijadikan alat dan bukan matlamat. Wang berperanan menyenangkan pasangan membina rumah tangga. Mendapatkan sebuah rumah untuk keluarga, memiliki kenderaan dan apabila berlaku sebarang bencana, wang dapat merungkai masalah.

Jika mengandaikan wang untuk membeli cinta dan mengeratkan kasih dan sayang, tandanya kita sudah tersilap menafsir. Sekiranya diutamakan nilai kasih dan sayang oleh suami atau isteri, tidaklah kita cepat melatah andai ditimpa musibah atau hidup dalam serba kekurangan.
Wanita kini lebih ramai yang sedar perlunya membelai cinta sampai ke tua, sedangkan lelaki pula, asal ada yang menguruskan rumah tangga sudah memadai. Golongan begini, malas hendak memupuk atau membajai cinta walaupun mereka mampu melakukannya.
Tahukah anda bila lelaki benar-benar jatuh cinta? Apabila setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan.
Lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa saja untuk kekasihnya.
Antara tanda lelaki jatuh cinta dengan hebat termasuk:
* Bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
* Sentiasa ingin menghiburkan hati kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
* Banyak menasihati kekasihnya kerana dia sayangkan kekasihnya.
* Berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
* Sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
* Sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sering rasa curiga.
* Tidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
* Mudah rasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian padanya.
* Ada kalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahukan kekasihnya melayannya lebih daripada orang lain.
* Menjadi orang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
* Pandai merajuk kerana ingin dipujuk kekasihnya.
* Menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
* Sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
* Mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
* Kerap bertanya cinta kekasihnya kerana dia berasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
* Tidak melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
* Cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
* Membanggakan kekasihnya depan orang lain.
* Jika dia ditinggalkan kekasihnya, dia berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun sentiasa mengharapkan kekasih kembali padanya.
* Apabila timbul orang kedua, dia akan hilang akal dan sanggup buat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
* Menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayai dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawa sendiri.

dari;sumber

Khamis, 31 Disember 2009

BUATMU....IBU


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

MUNAJAT


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

TAUBAT SEORANG HAMBA


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

LUHUR...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

SALAM......


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Saidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda , “Hai Aisyah, aku berwasiat kepada engkau. Hendaklah engkau sentiasa mengingati wasiatku ini. Sesungguhnya engkau akan sentiasa di dalam kebajikan selama engkau mengingati wasiatku ini.”


Intisari wasiat Rasulullah s.a.w. tersebut dirumuskan seperti berikut. Hai Aisyah, peliharalah diri engkau. Ketahuilah bahawa sebahagaian besar daripada kaum engkau (kaum wanita) adalah menjadi kayu api di dalam neraka. Antara sebab-sebabnya ialah kerana mereka itu:

1-Tidak dapat menahan sabar dalam menghadapai kesakitan (kesusahan). Apabila dibalakan, mereka tidak bersabar.

2-Tidak memuji Allah s.w.t. di atas kemurahan Nya (mensyukuri nikmat), atau dalam erti kata lain mengkufuri nikmat.

3-Membanyakkan kata-kata yang sia-sia. Wahai Aisyah, ketahuilah bahawa:

4-Wanita yang menidak-nidakkan kebajikan (kebaikan) yang diberikan oleh suaminya akan digugurkan oleh Allah Taala akan amalannya.

5-Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, maka pada hari kiamat, Allah menjadikan lidahnya 70 hasta dan dibelitkan di tengkuknya.

6-Isteri yang memandang jahat (menuduh atau menaruh sangkaan buruk terhadap suaminya), Allah akan menghapuskan muka dan tubuhya pada hari kiamat.

7-Isteri yang tidak memenuhi kemahuan suaminya (yang halal/harus) di tempat tidur atau menyusahkan urusan ini atau mengkhianati suaminya, akan dibangkitkan Allah pada hari kiamat dengan muka yang hitam, matanya kelabu, ubun-ubunnya terikat kepada dua kakinya di dalam neraka.

8-Wanita yang mengerjakan sembahyang dan berdoa untuk dirinya tetapi tidak untuk suaminya, akan dipukul mukanya dengan sembahyangnya.

9-Wanita yang dikenakan bala ke atasnya lalu dia menampar-nampar mukanya atau mencarik-carikkan pakaiannya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka bersama dengan isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Luth dan tiada harapan mendapat kebajikan syafaat dari sesiapa pun.

10-Wanita yang berzina akan diderakan dia di hadapan segala makhluk di hadapan neraka pada hari kiamat dan tiap-tiap perbuatan zina dengan 80 cemeti daripada api.

11-Isteri yang mengandung itu adalah baginya pahala seperti berpuasa pada siang harinya dan mengerjakan qiamullail pada malamnya serta pahala berjuang fisabilillah.

12-Isteri yang bersalin, bagi tiap-tiap kesakitan yang dideritainya diganjari pahala memerdekakan seorang sahaya. Demikian juga pahalanya setiap kali menyusukan anaknya.

13-Wanita apabila bersuami dan bersabar daripada menyakiti suaminya, maka samalah dengan titik-titik darah dalam perjuangan fisabilillah. Dialah antara wanita-wanita yang qanitat (banyak beribadat kepada Allah s.w.t.)
14-Semoga Allah beri kekuatan kepada kita untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Insyaallah..

Rabu, 30 Disember 2009

doa buat suami



Ya Allah bagi Mu segala kepujian dan kesyukuran sebagaimana layak untuk Mu dengan kebesaran kekuasaanMu dan kemulian wajahMu dan ketinggiankemulianMu yang bilamana Engkau menjadikan dia sebagai suamiku

Ya Allah Engkau jadikanlah dia penyejuk mataku dan pembantu untuk aku mentaati Mu
Ya Allah Engkau jadikanlah aku sebagai penenang untuknya dan penasihat yang diberkati
Ya Allah Engkau kasihkan aku kepadanya dan kasihkanya kepada aku
Dan rezekikan kami zuriat yang soleh yang menjadi kebaikan kepada agama dan dunia
Ya Allah jadikan antara kami berdua sebagimana antara Ali dan Fatimah
Ya Allah satukan hatiku dengan hati-hati ahli keluarganya dengan rahmatMu Wahai Yang Maha Pemurah
Ya Allah tutupilah keburukanku padanya dan tutupilah keburukannya kepada ku
Dan perlihatkanlah kepadaku kebaikannya dan redhakan aku apa yang telah Kamu beri kepadaku dan berkati aku padanya
Ya Allah permudahkanlah ia bagi ku dan permudahkan urusanku bersamanya dan jauhikanlah aku keburukannya. Jadikanlah aku berpuashati dengannya dan dia berpuashati denganku
Ya Allah jadikanlah aku dimatanya hebat dan jadikanlah ia dimataku kecil
Ya Allah bukakanlah antaraku dan suamiku dan ahli keluarganya sesungguhnya Engkau sebaik-baik pembuka
Ya Allah yang menghimpunkan manusia pada hari Kiamat, himpunkan aku dan suamiku dalam kebaikan
Ya Allah Engkau jadikan aku sebagaimana yang ia sayangi dan jadikan ia sebagaimana yang aku sayangi dan jadikan kami sebagaimana yang Engkau sayangi
Ya Allah Engkau jadikan hati suamiku tergantung kepadaMu dan kemudian tergantung kepada rasulMu dan kemudian kepadaku
Ya Allah Engkaulah yang menguruskan kenikmatan dan kelazatan dalam kesusahanku, Jadikanlah kegarangannya terhadapku suatu kesejukan dan keselamatan sebagaimana engkau jadikan api ke atas nabi Ibrahim suatu kesejukan dan keselamatan
Ya Allah berikanlah petunjuk kepadanya sebagaimana yang Engkau kehendaki dan redha
Ya Allah Engkau yakinkanlah hatiku bahawa sesungguhnya aku tidak akan dicelakai dan Engkau sentiasa bersamaku
Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah
 
dari;http://www.wanmyzie.vemma.com/

Isnin, 28 Disember 2009

hakikat hidup


Seorang anak mengeluh kepada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hamper menyerah kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru.


Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur.dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangnya di atas api. Setalah air di dalam ketiga-tiga periuk tersebut mendidih, dia memasukkan lobak merah di dalam periuk pertama, telur di dalam periuk kedua, dan serbuk kopi di dalam periuk terakhir.

Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan manunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya.

Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Dia menyisihkan lobak dan menaruhnya dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya dalam mangkuk yang lain dan menuangkan kopi di mangkuk yang lain.

Lalu dia bertanya kepada anaknya, “Apa yang kau lihat nak?”

“Lobak, telur dan kopi,” jawab si anak.

Ayahnya meminta anaknya merasa lobak itu. Dia melakukannya dan berasa bahawa lobak itu sedap dimakan. Ayahnya meminta dia mengambil telur itu dan memecahkannya. Sebelum membuang kulitnya dia dapati sebiji telur rebus yang isinya sudah keras. Terakhir, ayahnya meminta untuk merasa kopi. Dia tersenyum ketika meminum kopi dengan aromanya yang wangi.

Setalah itu si anak bertanya, “Apa erti semua ini, ayah?”

Ayahnya menerangkan bahawa ketiga-tiga bahan itu telah menghadapi kesulitan yang sama, direbus dalam air dengan api yang panas tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang bebeza.

Lobak sebelum direbus kuat, keras, dan sukar dipatah-patahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan mudah dimakan. Telur pula sebelumnya mudah pecah dengan isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi pula mengalami perubahan yang unik. Setelah berada dalam rebusan air, serbuk kopi mengubah warna dan rasa air tersebut.

“Kamu termasuk golongan yang mana? Air yang panas mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan itu mendatangimu, bagaimana harys kau hadapinya? Apakah kamu seperti lobak, telur, atau kopi?” tanya ayahnya.

Bagaimana dengan anda? Apakah anda adalah lobak yang kelihatan keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, anda menyerah menjadi lembut dan kehilangan kekuatan.

Atau apakah kamu adalah telur yang pada awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis, namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian, atau apa saja cabaran dalam kehidupan akhirnya kamu menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kamu menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?

Atau adakah kamu serbuk kopi? Yang berjaya mengubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesaitan, untuk mencapai rasa yang maksimum pada suhu 100djh Celsius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi akan terasa semakin nikmat.

Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk atau memuncak, kamu akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitarmu juga menjadi semakin baik. Samalah halnya dengan serbuk kopi yang berjaya mengubah air panas yang membakarnya menjadikan ia lebih sedap dan enak untuk diminum.

dari;http://www.wanmyzie.vemma.com/

Ahad, 27 Disember 2009

taubat seorang hamba




Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,

Oh Tuhan Maha Kuasa,

Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,

Ku insafi kekurangan ini,

Ku kesali kejahilan ini,

Terimalah

Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,

Kerna hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan diri,

Ku insafi kekurangan ini,

Ku kesali kejahilan ini,

Terimalah 3x...

Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan diri,

Ku insafi kekurangan ini,

Ku kesali kejahilan ini,

Terimalah 3x....

Taubatku ini...

Ku akui kelemahan diri,

Ku insafi kekurangan ini,

Ku kesali kejahilan ini,

Terimalah 3x..

Taubatku ini...

Cinta


sebaik-baik manusia

yang tinggi akhlaknya
kerana disukai Allah
dan juga rasulNya
disenangi manusia
seluruhnya
akhlak mulia
ibarat bunga
dalam hati ada cinta
dalam jiwa ada rindudalam sanubari ada kasih
namun entah bila
akan kutemui titik pertemuan
agar bisa disatukan, untuk diserahkan rasa ini
hanya buatNya yang layak
agar nanti dapat dinikmati kemanisan
semurni cinta
setulus rasa...Pemilik Cinta Yang Maha Kaya