Khamis, 17 November 2011

kasih terpendam sepi






setiap hari berlalu
membawa cerita yang sama
ada tawa
tapi sendu menghimpit
ada rindu
tapi di awangan
ada cinta tapi...

kucuba lakarkan pelangi
mendung masih ada
kucuba hembuskan angin
pasir pula berterbangan
aku keliru
aku buntu
lalu aku diam...

diam mencari jalan
diam mencari sinar
diam mencari kekuatan

Isnin, 14 November 2011

tiada lagi...

tatkala mentari mula menyinar
kau rela rembulan bercahaya pudar


tatkala rindu mula berbunga
kau tegar leraikan kelopaknya


tatkala kasih mula berdiri
kau rebahkan ia sekali lagi


tatkala hati mula bersemi 
kau lempar berderai menyembah bumi


tatkala pintu mula ku buka
kau kaburkan dengan kata-kata


tatkala jiwa mula ceria 
kau biar duka menyunting tawa


tatkala luka kian sembuh 
kau toreh sembilu hingga ku lumpuh


tatkala kemarau mula di mata
kau biarkan bah datang melanda


tatkala harapan mula menggunung
kau ratakan lesu tanpa ku renung


tatkala pelangi melimpahkan warna
kau hitamkan semua dengan derita





cinta yang mati



jika dia pergi biarkan ia pergi...
kiranya dia kembali takkan ku terima
di tanya ku mengapa
aku mendiamkan diri...
sampai bila dia bertanya tidak ku peduli....
mengapa ku begini,
tanya pada dirimu sendiri...
maafkan dia..
tak pula ada kata2 maaf darinya..
mungkin apa yang berlaku, padanya bukan satu kesalahan
malah mungkin kemegahan