Khamis, 20 Januari 2011

                        

Di sebalik kesusahan dan kepayahan....pasti terselit kebahagiaan yang kadangkala tidak kita sedari.
Mungkin hari ini kita dikejutkan dengan berita yang amat mencarik hati dan emosi, hingga membuatkan kita terbawa-bawa dengan emosi duka keterlaluan...namun dengan kuasa Allah  dan izinnya siapa tahu berita duka bertukar gembira.....kerana setiap yang berlaku di dunia atas kehendak dan ketentuannya.....dan segalanya pasti ada hikmahnya.....
Moga Allah berikan ku kesabaran dan kekuatan dalam menempuh dugaannya.....
Lumrah dalam mengejar cinta Allah.....jalannya penuh onak dan liku.Kerana sesungguhnya syurga itu manis tetapi jalan menujunya penuh kepahitan.







Selasa, 18 Januari 2011

Tujuh jenis mayat di dalam kubur

             1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya. 

2. Mayat yang mukanya berbentuk bab*. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak? 

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-apa. 

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram. 

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang. 

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'. 

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh. 

maafkan aku suamiku......

                                                            



                             Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta

Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena

Kadang-kadang kubersuara tanpa berfikir
Semua perkataanku menjadi salah

Datanglah ke sini dan pegang tanganku
Sementara kucerita kehidupan isteri
Harap dimengertikan

Kadang-kadang kusakiti hatimu
Bila kutolak sentuhanmu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangimu...
Tekanan terlalu

Kadang-kadang aku berubah pada pandanganmu
Tapi sayang, itu tidak benar

Tiada apa yang paling kuhargai
Daripada kehidupan manis bersamamu

Kadang-kadang kufikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat

Hanya kuberitahumu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku...
Kau kepunyaanku

Kadang-kadang berjauhan denganmu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita...
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini...
Maafkan aku wahai suami!                    

sabar

sabar

   Tak siapa tahu susahnya sabar itu melainkan mereka sendiri merasanya
ketidak sabaran kita menanti hasil amal adalah sifat seorang yang gopoh
tidak harus kita mendesak Allah mendatangkan hasil ,kerana hanya Allah 
saja yg tahu apa terbaik buat hambanya.
Jua kerana jiwa hamba tak pernah tahu,apa yg di rancangkan TUANnya,
maka bersabarlah kita beramal kerana tak siapa tahu hasilnya.
Lapangkanlah dada dan redha sambil menanti hasilnya.......