Sabtu, 19 Disember 2009

nama-nama nafsu


وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي إِنَّ النَّفْسَ لأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلا مَا رَحِمَ رَبِّي إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَحِيمٌ

Yang bermaksud : Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.

Ayat di atas menerangkan kepada kita bahawa nafsu itu sering membawa kepada kejahatan melainkan nafsu yang diberi rahmat oleh Allah swt.

Di antara nama-nama nafsu ialah :

1. Nafsu Amarah : iaitu nafsu yang menyeru kepada kejahatan seperti dalil di atas.
2. Nafsu Lawamah :iaitu nafsu yang sentiasa berbelah bahagi antara kebaikkan dan kejahatan, dan bila mana seseorang itu membuat kejahatan, dia akan bertaubat.
3. Nafsu Mutmainnah : iaitu nafsu yang sentiasa terdorong membuat kebaikan dan kebajikan.
Oleh itu, perlu bagi kita mendidik nafsu agar sentiasa dalam keadaan mutmainnah iaitu yang mendorong kepada kebaikan dan kebajikan dan dijauhi dari nafsu yang sentiasa berbelah bahagi antara kebaikan dan kejahatan serta nafsu amarah yang sentiasa dalam kejahatan.

Dari Saidina Abu Bakar al-Sidiq r.a berkata :
Terdapat lima perkara yang membawa kepada kegelapan dan terdapat 5 perkara juga yang dapat menerangi kegelapan tersebut iaitu :

1. حب الدنيا ظلمة والسراج له التقوى : cintakan dunia itu adalah kegelapan dan yang meneranginya ialah ketakwaan.
2. الذنب ظلمة والسراج له التوبة : dosa itu kegelapan dan yang meneranginya adalah taubat.
3. القبر ظلمة والسراج لها لاإله إلا الله محمد رسول الله : kubur itu gelap dan yang meneranginya adalah kalimah syahadahلاإله إلا الله محمد رسول الله
4. والآخرة ظلمة والسراج لها العمل الصالح : akhirat itu kegelapan dan yang meneranginya adalah amal soleh.
5. الصراط ظلمة والسراج له اليقين :titian sirat itu kegelapan dan yang meneranginya adalah keyakinan
Kesimpulan dari petikan dan intisari huraian hadith di atas :
1. Terdapat lima perkara penting yang menjadi buruan dan kecintaan dalam kehidupan manusia yang menyebabkan mereka didalam lembah kebinasaan iaitu :
• Cintakan dunia keterlaluan
• Terlalu mengejar pangkat dan kedudukan darjat
• Cinta kepada harta dan kekayaan
• Menyintai ahli keluarga tanpa panduan agama
• Melebihkan hawa nafsu.
2. Untuk mengatasi 5 perkara tersebut, maka kita perlu mengingati 5 perkara yang sering kita lupakan iaitu :
• Mengingati hari pembalasan
• Mengingati mati sepertimana yang disebut oleh para ulamak kita, nasihat dan bimbingan yang paling mujarab ialah dengan mengingati mati "كفي بالموت واعظا"
• Menunaikan hak kepada ahli keluarga yang dicintainya dan mendidik mereka mentaati perintah Agama.
• Mengingati Allah dalam memenuhi kehendak hawa nafsu agar terbatas dengan ketaqwaan dan keimanan.
3. Rasulullah saw juga pernah bersabda :
“Sesiapa yang bersyukur, maka Allah akan tambah kesyukuran itu dengan kebaikan, sesiapa yang berdoa, Allah akan sediakan perkenan baginya, sesiapa yang beristighfar, maka Allah akan sediakan keampunan baginya, sesiapa yang memohon taubat maka Allah swt sediakan penerimaan baginya, dan sesiapa yang bersedekah, maka Allah swt menyediakan penerimaan baginya”.

Selasa, 15 Disember 2009

ITU.....KETENTUANNYA


Kita bukan Bertemu dengan orang yg salah, tetapi hakikatnya kita diberikan oleh Allah ilmu yg berharga tidak semua orang boleh merasakannya. oleh itu bersyukur dan selalu bersangka baik kpd Allah.


Cuba kita fikirkan ayat-ayat cinta ini ....

Memang ALLAH sengaja Menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi Penilai yg baik.
Memang ALLAH sengaja Menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita Sédar bahawa kita hanyalah makhluk yg Sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.
Memang ALLAH sengaja Menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, UNTUK DIRI KITA Khas.
Memang ALLAH sengaja Menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita Sédar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & penyayang kerana Mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.
Memang ALLAH sengaja Menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
Memang ALLAH sengaja Menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT jiwanya.
Memang ALLAH sengaja Menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
Memang ALLAH sengaja Menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH Mengenali KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.



p / s: Percayalah segala yang terjadi telah ditakdirkan sejak Azali, kita dihidupkan utk diuji iman sbelum Bertemu Kekuatan Ilahi. Terima kasih penulis dibawah.

dipetik dari: ditulis oleh mikagami

dari;cahayakuiman.blogdrive

nilai kasih ibu......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:


1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4.00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00



Baca Lagi...

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang sama ditulisnya.
 
dari;myhiburan.com
Kasih sayang mempunyai erti begitu tinggi nilainya sehinggakan manusia sanggup bertindak liar kerana tidak mampu mengawal perasaan. Kasih yang mengikut perasaan boleh menyimpang daripada kehendak Tuhan.

Oleh itu, kasih sayang tanpa kawalan dan berbelah bagi tidak direstui dan diredai Allah.
Dalam jiwa setiap insan pasti disemat dengan sifat kasih sayang, tetapi tidak semua berjalan di atas landasan sebenar dengan mengikut perasaan. Ada antaranya bertindak atas landasan yang dihanyuti arus kerana godaan syaitan.
Sesungguhnya kerja syaitan adalah memesong dan menyesatkan. Akibatnya jika tidak dijaga, tidak akan wujud kasih sayang dan takwa.
Tiga perkara penting dalam perjuangan kehendak manusia iaitu harta, takhta dan wanita.
Jika tidak dikawal tanpa berlandaskan garis panduan Allah yang Maha Esa, akan membawa padah yang boleh memesongkan iman manusia.
Firman Allah bermaksud: "Wahai orang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh harta dan anak daripada mengingati Allah. Dan sesiapa yang melakukan demikian, mereka itulah orang yang rugi."
- (Surah al-Munafiqin, ayat 9)
Sesiapa yang terpesong akibat berebut harta, takhta dan wanita akan melupai nilai sebenar kasih sayang dan takwa.
Mereka hanya mampu berkasih sayang di kalangan sebaya, sedangkan menyemat kebencian dan bermusuhan pula dengan lawan mereka. Rapat sesama sebulu hanya kasih mengikut nafsu. Kasih sayang dan bertakwa hanyalah kerana Allah. Fahaman walaupun tidak sama tetapi Islam menggalakkan hidup berbaik dan menjauhi sebarang masalah.

Ini dinyatakan dalam firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya orang mukmin adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah di antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat."- (Surah al-Hujurat, ayat 10)

Pada hari ini, ada umat Islam tenggelam dalam laungan ombak perjuangan, tetapi pada masa sama lupa menyemat nilai berkasih sayang mengikut landasan Islam.

Demi kerana berlainan fahaman ideologi dan pendekatan politik, mereka sanggup bertindak secara fanatikMemaki hamun sesama seagama !
Yang nyata, manusia tidak akan sefahaman sampai bila-bila, tetapi mengapa asas persaudaraan Islam pula dicabul dan dinodai.
Fahaman berbeza sepatutnya tidak menggugat hubungan bersaudara. Di manakah letaknya nilai agama?
Hidup berprinsipkan kebencian sesama saudara semakin menular dalam umat Islam hari ini tanpa takutkan dosa.
Memaki hamun, menghentam dan berdendam sesama sahabat, tidak dihiraukan lagi. Janganlah kerana hendak mengejar harta, takhta dan wanita, umat Islam sanggup memutuskan kasih sayang sesama saudara.
Umat Islam perlu sedar, perkara ini berlaku dalam masyarakat hari ini, yang mana sifat kebencian, kecam-mengecam dan dendam-mendendam adalah kenyataan yang dapat dilihat dengan jelas pada masa ini.

Perlu diingat, kebencian bukan tiket ke syurga. Sabda Nabi s.a.w dari Abu Hurairah bermaksud: "Tidaklah kamu masuk syurga tanpa beriman dan tidaklah sempurna iman kamu tanpa berkasih sayang, inginkan kamu ku tunjukkan sesuatu apabila kamu kerjakan, terwujudlah kasih sayang di kalangan kamu? Semarakkanlah salam di kalangan kamu."

Mengapakah pula salam pun sukar disambut, sedangkan sifat Muslim adalah lemah lembut.
Jika mahu meningkatkan nilai penghayatan Islam, setiap orang Islam mesti mengakui semua orang Islam adalah sau]
Allah mengiktiraf isyarat bahawa salam itu tanda seseorang Islam. Firman Allah bermaksud: "Hai orang beriman, apabila kamu pergi (berperang) di jalan Allah, maka telitilah dan janganlah kamu mengatakan kepada orang yang mengucapkan salam kepadamu: Kamu bukan seorang mukmin (lalu kamu membunuhnya) dengan maksud mencari harta benda kehidupan di dunia, kerana di sisi Allah ada harta yang banyak..." - (Surah an-Nisa, ayat 94)

Sabda Nabi s.a.w dari Abu Hurairah bermaksud: "Orang Islam bersaudara sesama Islam. Tidak boleh menganiaya dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaan) dan tidak boleh membohonginya dan tidak boleh menghinanya. Takwa itu di sini, kata Nabi sambil menunjuk ke dadanya tiga kali ,Cukup banyak kejahata

kasih yg tulus hanya dari ALLAH

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM......




Suatu ketika sti aisyah radiallahuanha iaitu isteri rasulullah saw telah di ziarahi oleh seorang ibu tua bersama 2 orang anaknya ygmana mereka bertiga ini tersangatlah lapar semasa rasulullah saw tidak ada di rumah....maka siti aisyah pun telah melayan dan menghidangkan mereka 3 biji kurma,iaitu seorang 1 biji kurma....bukanlah aisyah kedekut tak nak bagi mereka kurma lebih...walhal aisyah dan suaminya rasulullah hanya mempunyai 3 biji kurma itu saja yg tinggal.....setelah di hidangkan maka di rumah rasulullah sdh tidak ada makanan...dgn sifat ksh syg isteri rasulullah yg byk di didik oleh suaminya maka aisyah sanggup berlapar demi melihat ibu tadi bersama anaknya dpt menghilangkan kelaparan....setelah itu begitu laparnya kedua orang anak ibu tunggal tersebut sehingga keduanya makan dgn bgitu cepat sekali....dan keduanya memandang kurma ibu mereka kerana kelaparan kedua anaknya belum lenyap...walhal ibunya tadi terlebihlah lagi merasakan kelaparan yg tak terhingga....tapi dgn sbb kasih sayang seorang ibu kepada anaknya yg tak terhingga,maka ibunya telah membelah kurma tersebut utk membahagikan samarata supaya kedua anaknya mendapat seorang separuh biji kurma.....lalu kedua anaknya makan dgn bgitu cepat....dgn kelaparan ibu tadi tanpa memakan kurma membuatkan siti aisyah mengeluarkan airmata kerana terlalu sebak,sanggup lapar asalkan anaknya kenyang.....



Setelah rasulullah saw balik ke rumah....maka siti aisyah telah menceritakan perihal ibu tadi yg sanggup korbankan kelaparannya demi melihat kedua anaknya dlm keadaan kenyang kepada suaminya rasulullah saw...selepas rasulullah saw mendengar cerita daripada aisyah maka rasulullah telah bersabda: sesungguhnya Allah swt sayang pada manusia 70 kali ganda lebih daripada sayangnya ibu pada seorang anaknya.....

bagaimana sanggupnya seorang ibu berkorban utk anaknya kerana terlalu kasih dan sayang....tetapi kasih sayang Allah swt pada manusia lebih2 lah lagi sehinggakan 70 kali ganda lebih daripada seluruh kasih yg tertinggi di dunia ini.....tidak ada satu kasih pun yg dapat menandingi kasihnya Allah swt pada manusia.......



suatu ketika Allah swt perintahkan nabi nuh a.s utk dakwahkan kaum dia supaya beriman dgn Allah swt.....maka nabi nuh a.s telah buat dakwah atas kaum dia selama 950 tahun,itupun hanya lebih kuranh 80- org sahaja yg beriman mengikuti ajarannya....yg lain semuanya ingkar,bukan setakat ingkar malahan menghina,menganggu,mencederakan nabi nuh a.s sehinggakan nabi nuh a.s telah di timbuni batu yg tinggi seperti tingginya gunung ganang yg mana nabi nuh di timbun di dalamnya akibat balingan hujan daripada kaumnya yg ingkar....maka nabi nuh a.s telah putus asa dan meminta supaya Allah swt binasakan kaumnya....sebelum itu Allah swt perintahkan nabi nuh a.s membuat dan mengukir satu tembikar yg paling cantik selama tiga hari tiga malam tanpa tidur dan rehat....maka nabi nuh a.s pun telah mengikut perintah Allah swt selama tiga hari tiga mala tanpa henti,rehat dan tidur....maka terciptalah sebuah tembikar yg begitu cantik dgn ukirannya hasil pengorbanan nuh a.s menciptanya......selesai sahaja tembikar tersebut siap maka Allah swt perintahkan nabi nuh a.s supaya membaling tembikar tersebut ke tanahsupaya tembikar tersebut hancur dan binasa....maka di katakan nabi nuh a.s telah menangis dan memujuk Allah swt supaya tak pecahkan tembikar tersebut kerana dia telah korbankan seluruh masa,tidur,dan rehatnya tanpa henti selama 3 hari 3 malam,tetapi Allah swt tetap perintahkan padanya supaya baling tembikar tersebut sehingga binasa....maka dalam keadaan sayu dan berat nabi nuh a.s pun merosakkan tembikar tersebut dalam keadaan menangis....maka Allah swt bagitau pada nabi nuh a.s bahawa....BEGITULAH AKU(ALLAH) AKU MENCIPTA MANUSIA DGN BEGITU TELITI MELALUI KASIH SAYANG AKU CIPTAKAN MANUSIA,TAPI KAU (NUH) DGN SENANG MEMINTA AKU MUSNAHKAN MANUSIA...SESUNGGUHNYA AKU SAYANG PADA MANUSIA AKU CIPTAKAN MEREKA BUKAN UTK AZAB TAPI UTK SYURGA.....HANYA MEREKA YG TAK MEMPERDULIKAN AKU(ALLAH)....(dalam hadis qudsi)



Allah swt telah berfirman di dalam hadis qudsi yg mafhum.....SEORANG MANUSIA YG MENDAPAT SURAT DARIPADA KEKASIHNYA,MAKA AKAN MENGHENTIKAN SEGALA KERJANYA KERANA HENDAK MENELITI SURAT KEKASIHNYA....SEKIRANYA IA SEDANG BERJALAN MAKA IA PASTI BERHENTI,SEKIRANYA IA MAKAN IAPUN BERHENTI DARI MAKAN,SEKIRANYA SEORANG TIDUR PASTI IANYA SEDAR DAN BANGUN,HANYA SEMATA UTK MEMBACA SURAT KEKASIHNYA....SETIAP PERKATAAN DI FAHAMI DGN PENUH KHUSYUK...SEHINGGAKAN MEMBACANYA SURAT KEKASIHNYA BOLEH MEMBUATNYA TERSENYUM BOLEH MEMBUATNYA MENANGIS.....SEDANGKAN AKU(ALLAH) TELAH MEMBERIKAN SURAT DAN AYAT2 KU(ALQURAN) NAMUN MANUSIA SEMUANYA BERPALING.... MELEBIHKAN SELURUH KERJA YG LAIN DARIPADA MEMBACA AYAT2KU(ALQURAN),BILA MEREKA MEMBACA TIDAK ADA SIFAT MAHU MEMAHAMI KEHENDAKKU,SEMUANYA INGKAR DARI PERINTAHKU...MAKA SIAPAKA YG LEBIH BESAR AKU ATAU KAWAN2 KEKASIH KAMU? AYAT2KU ATAU SURAT2 KEKASIH KAMU?ADAKAH KAMU MENANGGAP AKU INI LEBIH KECIL DARIPADA SELURUH KAWAN2 DAN KEKASIH KAMU.....SEDANGKAN AKULAH YG MENGAZAB KAMU SEMUA DI HARI ESOK....(mafhum dalam hadis qudsi atau ta'lim fdhail amal atau hayatus sahabah)





Dizaman nabi musa a.s Allah swt muliakan musa dgn kerja nubuwah.....melalui perantaraan nubuwah Allah swt telah zahirkan segala kehebatan mukjizat para rasul dan bi termasuk nabi musa a.s.....nabi musa mempunyai seorang sepupu yg bernama qorun....qorun sorang yg miskin...setiap hari dia mengikuiti ajaran nabi musa dan meminta nabi musa supaya mendoakan kepada Allah supaya Allah swt berikan dia kekayaan dan menbghilangkjan sgl kemiskinannya....maka nabi musa pun berhajat pada Allah dan Allah swt pun telah mengabulkan permintaan qorun melalui doa nabi musa a.s......selepas beberapa waktu maka qorun pun telah menjadi kaya....memiliki harta yg begitu banyak sehingga dia menjadi hebat kerana hartanya....natijah daripada kebesaran hartnya yg banyak maka dia telah di lantik menjadi pembesar dan pemimpin di tempat itu....dikatakan sebahagian riwayat harta qorun melimpah begitu banyak di muka bumi ini sehingga kunci2 gedung2 tempat hartanya di bawa dan di simpan pada 70 ribu ekor unta yg besar....di seluruh permukaan bumi ini terdapat gedung dan istana hartanya sehingga ke hari ini manusia menggelar harta yg di jumpai adalah harta karun....maka asbab kekayan dan kebesarannya qorun telah lupa diri.....daripada seorang tawadhuk menjadi seorang yg bongkak...daripada seorang yg mendengar ajaran musa a.s menjadi seorang yg sombong pada Allah swt.....sehingga ke suatu hari qorun telah marah meluap2 kerana terlalu menyampah dan bosan dgn ajaran nabi musa a.s.....maka qorun telah membuat satu perancangan yg jahat terhada musa a.s....dgn mengumpulkan semua rakyat dan mengupah seorang pelacur dan mengaku di depan khalayak ramai yg dia telah berzina dgn nabi musa a.s....semata2 utk menghina dan malukan musa supaya musa a.s menghentikan dakwahnya....maka nabi musa pun di panggil di hadapan khayalak ramai dan pelacur pun membuat pengunguman di depan semua manusia yg ramai, ygmana dia memfitnahkan yg nabi musa telah berzina dgnnya....maka semua manusia pun terkejut dan mengejek nabi musa a.s....ada yg memaki hamun dn sebagainya......maka dgn keadaan terperanjat nabi musa telah menunjuk pelacur tersebut dgn jarinya dan bertanya kembali....dgn penuh gementar seorang pelacur mendapat telunjuk dari seorang pesuruh Allah yg maksum maka pelacur tersebut terlalu takut....di katakan pada masa itu sekiranya dia tak mengatakan yg benar maka pasti dia akan mati pada masa itu juga kerana terlalu takut pada telunjuk pesuruh Allah.....maka pelacur tersebut pun telah mengatakan yg benar yg mana qorun telah mengupahkannya utk memfitnahkan nabi musa.....dgn serta merta nabi musa menangis kerana terlalu marah akibat perbuatan sepupunya qorun yg sanggup melakukan perkara demikian.....lalu nabi musa doa kepada Allah supaya qorun di telan bumi.....maka masa itu juga bumi menelan qorun seperti manusia menelan makanan,qorun di telan dgn seluruh harta2nya di muka bumi ini....dalam masa bumi menelan qorun dan hartanya qorun sempat meminta ampun pada musa a.s sebanyak 7 kali namun musa a.s sikit pun tidak memandangnya kerana perbuatan qorun telalu melampau....maka bumi pun tertutup menelan seluruh qorun dan hartanya....setelah itu Allah swt berfirman...: WAHAI MUSA BEGITU KEJAM SEKALI KAMU...QORUN MEMINTA AMPUN DGN KAMU SEBANYAK 7 KALI TAPI KAMU SIKIT PUN TIDAK MEMANDANGNYA.....BAHKAN KALAULAH DIA MEMINTA AMPUN DGN AKU(ALLAH) WALAU SEKALI PASTI AKU AKAN MENGAMPUNINYA.....



banyak lagi cerita yg Allah swt sebut dalam al quran bukti yg mana Allah swt begitu kasih dan cinta pada manusia...namun manusia itu tak pernah memahami kasih sayang Allah....

suatu ketika rasulullah saw telah menceritakan kepada para sahabatnya tentang seorang saudagar yg membawa keldai utk pergi berniaga....dalam perjalanan diapun rehat dan membiarkan keldainya di sebelah dan mengikatnya.....bila ia bangun keldainya sdh hilang entah ke mana......maka di padang pasir yg luas itu sekiranya tak ada asbab kenderaan iaitu keldai mahupun unta maka manusia akan mati kepanasan kerana berjalan kakli beribu2 batu......dalam pencarian saudagar tersebut setelah 7 hari tidak jumpa juga maka saudagar tersebut telah berputus asa dan hanya berserah pada Allah swt.....dlm keadaan itu dia pun tertidur dan mimpi bahwasanya keldainya ada di sebelahnya ....apabila ianya sedar maka dilihatnya di sebelah keldainya sudah ada....maka begitu gembiranya ia sehingga menyebut Allah hurabbi byk kali dan dalam keadaan tak sedar tersebut ana rabbi...rasulullah saw bagitau keadaan seorang gembira sehingga tesasul menyebut yg salah kerana terlalu gemira....maka rasullullah bagitau mafhum begitula jg Allah swt....dan pastinya Allah swt itu terlebih lebih lebih lagi lah gembira apabila seorang manusia yg jauh daripada Allah dan bertaubat utk dekat pada Allah swt lebih daripada gembiranya saudagar itu tadi.......



demikian kiasan dan kesah kasih cinta Allah pada hambaNya....sebenarnya banyak lagi kesah cuma sy terpaksa berhenti kerana di kuasai dgn ngantuk....maafkan sy....namun perlulah kita ketahui dan sedar yg mana Allah sahaja lah tempat kita bergantung....bila Allah swt tempat kita bergantung perantaraan cara hidup sunnah rasulullah saw maka Allah swt akan hadirkan nur ketenangan yg menguasai di hati manusia sehingga manusia itu merasakan Allah swt betul2 dekat pada nya sehingga setiap pernafasan yg berdetik bermula dan terlihat melalui bashirah tentang pertemuan ini....iaitu pertemuan pada Allah swt dlm stiap detik dn hidup....kerana Allah swt telah menjanjikan cintaNya melalui perantaraan amalan asbab pengorbanan keikhlasan yg tulus pasti menusuk di hati.....bukti cintaNya....barang siapa yg pernah sebut nam Allah walau sekali,takut kan Allah walau sekejap,ingatkan Allah walau seketika,fikir kebesaranNya walau sedetik,pasti dan pasti ianya akan masuk ke syurga dgn rahim Allah walau terpaksa di basuh dahulu dalam api neraka.......wallahualam...
 
dari;syukur.org/v4

kasih Allah


dlm hidup sebenarnya bila mana kita dihimpit dgn kesusahan dan teknan..hikmah yg kita tak penah sedar adalah kasih sayang Tuhan ketika kesusahan kita..
sebenarnya kesusahan kita adalah kasih sayang Tuhan agar kita kembali mengingatiNya kerana kealpaan kita pada dunia hingga mengabaikan tanggungjawab kita sebagai hamba Tuhan..
seberat mana pun ujian dan tekanan yg kita rasa..tapi sebenarnya kita mampu memikulnya kerana janji Tuhan takkan membebankan hamba-hambaNya dgn ujian yg tak mampu di tanggung..
kerana melalui kesusahan..tanggungjawab dan teknan jugaklah..kita akan belajar utk lebih sabar, utk lebih memahami akan situasi pendek kata itu la salah satu ilmu yg menjadikan kita lebih dewasa..
walaupun kadang2 kita tahu akan sbb dan akibat..tapi sebagai manusia..sikap lupa tetap ada..oleh sbb itu jugaklah..islam menggalakkan kita berada dalam jemaah..agar kita akan sama2 saling mengingati dalam satu jemaah...
jadik..dikala kita dihimpit kesusahan hati..jgn la kita bersedih...sbb hakikatnya kita tak pernah ditinggalkan keseorangan..

dari;sketchesaku.fotopages

Ahad, 13 Disember 2009

buatmu..ibu

Terdetik dihati ingin bersua,menatap wajahmu yg bersih mulia,yang kian di mamah usia,
Dibalik kedut wajahmu itu,tertanam pelbagai kisah gembira.....sedih.....suka...dan,pilu.
Pengorbananmu selayak ibu mithali,walau tanpa suami disisi,insan agung bertahta dihati,yang telah pergi menyahut seruan ilahi.
Setinggi penghargaan buatmu ibu,mengasuh diriku tak pernah jemu,mencurah padaku selautan ilmu,mengenalkan daku pada tuhan yg satu,
Akhir kata,aku memohon .mudahan dirimu rahmati tuhan ,di panjangkan umur..
Ampunkan segala dosa dan keterlanjuran,kesedihanmu yang pernah ku undang,
kerana ku sedar...hanya dengan redhamu,kan ku kecapi nikmat TUHAN.

Puisi ni di ambildari satublog.......ku tujukan khas buat ibu tercinta(som bt yahaya)