Sabtu, 19 Disember 2009

nama-nama nafsu


وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي إِنَّ النَّفْسَ لأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلا مَا رَحِمَ رَبِّي إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَحِيمٌ

Yang bermaksud : Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.

Ayat di atas menerangkan kepada kita bahawa nafsu itu sering membawa kepada kejahatan melainkan nafsu yang diberi rahmat oleh Allah swt.

Di antara nama-nama nafsu ialah :

1. Nafsu Amarah : iaitu nafsu yang menyeru kepada kejahatan seperti dalil di atas.
2. Nafsu Lawamah :iaitu nafsu yang sentiasa berbelah bahagi antara kebaikkan dan kejahatan, dan bila mana seseorang itu membuat kejahatan, dia akan bertaubat.
3. Nafsu Mutmainnah : iaitu nafsu yang sentiasa terdorong membuat kebaikan dan kebajikan.
Oleh itu, perlu bagi kita mendidik nafsu agar sentiasa dalam keadaan mutmainnah iaitu yang mendorong kepada kebaikan dan kebajikan dan dijauhi dari nafsu yang sentiasa berbelah bahagi antara kebaikan dan kejahatan serta nafsu amarah yang sentiasa dalam kejahatan.

Dari Saidina Abu Bakar al-Sidiq r.a berkata :
Terdapat lima perkara yang membawa kepada kegelapan dan terdapat 5 perkara juga yang dapat menerangi kegelapan tersebut iaitu :

1. حب الدنيا ظلمة والسراج له التقوى : cintakan dunia itu adalah kegelapan dan yang meneranginya ialah ketakwaan.
2. الذنب ظلمة والسراج له التوبة : dosa itu kegelapan dan yang meneranginya adalah taubat.
3. القبر ظلمة والسراج لها لاإله إلا الله محمد رسول الله : kubur itu gelap dan yang meneranginya adalah kalimah syahadahلاإله إلا الله محمد رسول الله
4. والآخرة ظلمة والسراج لها العمل الصالح : akhirat itu kegelapan dan yang meneranginya adalah amal soleh.
5. الصراط ظلمة والسراج له اليقين :titian sirat itu kegelapan dan yang meneranginya adalah keyakinan
Kesimpulan dari petikan dan intisari huraian hadith di atas :
1. Terdapat lima perkara penting yang menjadi buruan dan kecintaan dalam kehidupan manusia yang menyebabkan mereka didalam lembah kebinasaan iaitu :
• Cintakan dunia keterlaluan
• Terlalu mengejar pangkat dan kedudukan darjat
• Cinta kepada harta dan kekayaan
• Menyintai ahli keluarga tanpa panduan agama
• Melebihkan hawa nafsu.
2. Untuk mengatasi 5 perkara tersebut, maka kita perlu mengingati 5 perkara yang sering kita lupakan iaitu :
• Mengingati hari pembalasan
• Mengingati mati sepertimana yang disebut oleh para ulamak kita, nasihat dan bimbingan yang paling mujarab ialah dengan mengingati mati "كفي بالموت واعظا"
• Menunaikan hak kepada ahli keluarga yang dicintainya dan mendidik mereka mentaati perintah Agama.
• Mengingati Allah dalam memenuhi kehendak hawa nafsu agar terbatas dengan ketaqwaan dan keimanan.
3. Rasulullah saw juga pernah bersabda :
“Sesiapa yang bersyukur, maka Allah akan tambah kesyukuran itu dengan kebaikan, sesiapa yang berdoa, Allah akan sediakan perkenan baginya, sesiapa yang beristighfar, maka Allah akan sediakan keampunan baginya, sesiapa yang memohon taubat maka Allah swt sediakan penerimaan baginya, dan sesiapa yang bersedekah, maka Allah swt menyediakan penerimaan baginya”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berilah ulasan sepatah dua..tapi biarla yang mesra alam