Isnin, 14 November 2011

tiada lagi...

tatkala mentari mula menyinar
kau rela rembulan bercahaya pudar


tatkala rindu mula berbunga
kau tegar leraikan kelopaknya


tatkala kasih mula berdiri
kau rebahkan ia sekali lagi


tatkala hati mula bersemi 
kau lempar berderai menyembah bumi


tatkala pintu mula ku buka
kau kaburkan dengan kata-kata


tatkala jiwa mula ceria 
kau biar duka menyunting tawa


tatkala luka kian sembuh 
kau toreh sembilu hingga ku lumpuh


tatkala kemarau mula di mata
kau biarkan bah datang melanda


tatkala harapan mula menggunung
kau ratakan lesu tanpa ku renung


tatkala pelangi melimpahkan warna
kau hitamkan semua dengan derita





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berilah ulasan sepatah dua..tapi biarla yang mesra alam