Ahad, 3 April 2011

ADA HIKMAH DISEBALIKNYA




BILA KU RENUNG BINTANG DILANGIT...LALU KU SEDAR KEBESARAN TUHAN








MEMANG TUHAN SENGAJA MENEMUKAN KITA DENGAN ORANG YANG SALAH SUPAYA KITA DAPAT MENJADI PENILAI YANG BAIK,


MEMANG TUHAN SENGAJA MENEMUKAN KITRA DENGAN ORANG YANG SALAH SUPAYA KITA SEDAR BAHAWA KITA HANYA MAKHLUK YANG SENTIASA MEMERLUKAN PERTOLONGAN ALLAH,


MEMANG TUHAN SENGAJA MENEMUKAN KITA DENGAN ORANG YANG SALAH SUPAYA KITA DAPAT KASIH SAYANG YANG TERBAIK ,KHAS UNTUK KITA,


MEMANG TUHAN SENGAJA MENEMUKAN KITA DENGAN ORANG YANG SALAH SUPAYA KITA SEDAR BAHAWA ALLAH MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG KERANA MENGINGATKAN KITA BAHAWA DIA BUKANLAH PILIHAN YG HEBAT UNTUK MASA DEPAN KITA


MEMANG ALLAH MENEMUKAN KITA DENGAN ORANG YG SALAH SUPAYA KITA MENJADI MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA,


MEMANG TUHAN SENGAJA MENEMUKAN KITA DENGAN ORANG YANG SALAH SUPAYA KITA MENGENAL BAHAWA HANYA KASIH ALLAH YANG HAKIKI,

MAAFKAN AKU KASIH.....


Andai suatu saat nanti aku pergi meninggalkan dunia fana ini,
maafkan diriku sekiranya aku pernah menyakiti hatimu.
Maafkan diriku sekiranya aku pernah menggores perasaanmu.
Maafkan aku sekiranya akulah punca airmatamu jatuh berderaian..
Andai nanti suatu saat aku pergi mengadap ILAHI,
Ampunkanlah semua kesalahanku terhadap dirimu,
Ampunkanlah kesilapan ku yang telah lalu..
Ingatlah bahawa aku sentiasa menyayangi dirimu,
Ingatlah bahawa aku sentiasa merindui dirimu,
Di setiap helaan nafasku,
Di segenap ruang rindu dalam hatiku..
Dan aku tidak pernah lupa
Untuk menyayangi dirimu,
Mencintaimu, merinduimu dan setia untukmu..

Jika Kau Bahagia






Ku ingin engkau bahagia
Meski diriku tak disisimu
Jika kau memang bahagia
Dengan dia yang mencintaimu

Walau kau harus tinggalkan aku
Tinggalkan aku untuk dirinya
Dan lenyapkan kisah kita

Ku harap hanya yang terbaik
Demi kebahagiaanmu dan dirinya !

Karna ku turut bahagia, jika kau bahagia
Meskipun diriku harus terpuruk disini
Berlumur duka !!
Karna ku turut bahagia, jika kau bahagia
Meskipun hatiku harus penuh luka !!

Sabtu, 2 April 2011

DOA PENAWAR HATI YANG DUKA & KESEDIHAN YANG MENDALAM




120- اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجَلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ. 
120. "Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusan-Mu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Quran sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku." [137]
 
121- اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ.
 
121. "Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang." [138]

Jumaat, 25 Februari 2011

wanita...


Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan karena merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada kepribadian terpelihara

Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa
Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjadi mangsa dunia

Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak karena bijak meruntuhkan iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjdi pembakar semangat pejuang agama
Menjadi penunjang perjuangan syuhada

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula
Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan hanya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan karena kemewahan dimata
Menjadi penghibur hati permata kehidupan

Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA
Tidak karena berjaya menjadi permaisuri istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati membagi kasih setara pada semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pembimbing
Menjaring teladan para anbiya pada anak bangsa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA
Bukan karena menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan harkat negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua

Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS
Bukan karena menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoan
Tetapi dalam mencari ilmu
Menyala obor mewangi setinggi profesi

Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH
Bukan karena keindahan paras rupa
Sehingga menjadi fitnah
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Dibalik tirai jiwa
Menggenggam rindu kekasih pasrah di atas sajadah
Mengharap keredhaan kehidupan dunia akhirat

Selasa, 18 Januari 2011

Tujuh jenis mayat di dalam kubur

             1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya. 

2. Mayat yang mukanya berbentuk bab*. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak? 

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-apa. 

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram. 

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang. 

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'. 

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh. 

Rabu, 28 April 2010

YA ALLAH BERIKANLAH HAMBAMU INI KEKUATAN...BAGI MENEMPUH SEGALA UJIAN...