Minggu lepas sedang saya duduk-duduk di satu tempat, ditaqdirkan saya bertemu dan berkenalan dengan seorang lawyer. Lelaki, umur lebih kurang sebaya saya. Dia ni lawyer Syariah. Kami pun bersembanglah macam-macam perkara.
Mula tu kami sembang biasa aje, yelah baru jumpa, macam strangersrasanya. Tapi lama-kelamaan kami fokus pada satu subjek. Dia ceritakan pada saya tentang salah seorang anak guam (client) dia.Client dia ni seorang perempuan Melayu, umur lebih kurang 20an. Kisahnya client dia ni nak tuntut hak penjagaan anak-anaknya daripada bekas boyfriend dia, seorang lelaki India beragama Hindu.
Perempuan tu ada 2 orang anak yang dia nak tuntut hak tu. Sekarang kedua-duanya dalam jagaan bekas boyfriend dia. Masa buat tuntutan hak penjagaan tu, dia datang dengan boyfriend dia yang baru, juga seorang lelaki India beragama Hindu. Anak-anak yang dia nak tuntut tu adalah anak luar nikah ditakrifkan sebagai "Anak Tak Sah Taraf".
Tak habis kat situ kisahnya. Selain daripada nak tuntut hak penjagaan anak-anak, dia juga nak failkan permohonan tukar agama, dari Islam kepada Hindu, yand dalam erti kata lainnya adalah Murtad!
Tambah lawyer tu lagi, si perempuan ni sanggup bersusah-payah belanja beribu ringgit upah lawyer lain untuk mohon tukar agama sebab lawyer yang bersembang dengan saya ni tadi tak mahu terimajob tu. Dia sanggup keluar belanja sendiri untuk tukar agama, dari Islam jadi Hindu, hanya sebab sukakan lelaki India beragama Hindu tu. Punyalah ramai lagi lelaki Islam, tapi si perempuan ni tetap sukakan Hindu. Dia tak suka orang Islam.
Saya katakan kepada lawyer tu, kalau nak murtad, tak payah mohon dengan mahkamah, sebab kita ni sendiri yang tak mohon pun kadang-kadang boleh juga jatuh murtad secara tak kita sedari, dek kerana perkataan atau perbuatan kita. Nauzubillaah...
Lawyer tu kemudiannya bercerita pula tentang kes murtad di Malaysia yang semakin membimbangkan. Menurutnya, sejak kebelakangan ini, di mahkamah dalam Malaysia ni tak kurang dari 10,000 permohonan untuk menukar agama dari Islam kepada agama-agama lain, terutamanya menukar kepada agama Krisitan dan Hindu. Macam-macam sebab dan alasan diberikan, dari sebab jatuh cinta sampailah ke sebab saja suka-suka.
Katanya lagi, kisah budak-budak Melayu yang kebanyakannya terdiri daripada anak-anak remaja, membuat tattoo tanda salib di badan dan pakai rantai salib, dah banyak sangat pengaduan dari parentsyang dia terima.
Sejenak saya berfikir... Hairan juga saya, kenapa orang Melayu bersusah-payah nak buat permohonan untuk keluar dari Islam? Tak cukup dengan perangai macam kafir, minum arak, berjudi, berzina, sihir-menyihir, dan segala macam perangai syaitan yang dibuatnya, ni dia kena pula mohon jadi murtad. Sedangkan segala perbuatannya dalam kehidupan sehariannya dah terang-terang menyimpang dari ajaran Islam.
Kalau dulu saya cuma mendengar dari third party tentang kisah Aisyah yang murtad, tapi kali ini saya dengar sendiri dari mulutlawyer yang mengendalikan kes seperti itu.
From the short encounter with the lawyer, I deduced that,kebelakangan ni sesetengah orang Melayu yang agaknya Muslim, are becoming the champions of many matters, termasuklah dalam hal nak melingkupkan agama dan bangsa sendiri!
Dalam hal-hal sebegini, tak banyak yang pihak berkuasa boleh buat.The judiciary system in Malaysia is based on "Common Law", atau yang terguna pakai di England. Walaupun negara kita dah 52 tahun lebih merdeka, namun pemikiran orang Melayu masih lagi dijajah. Apa yang lebih menyedihkan, kali ni secara sukarela pula orang Melayu yang asalnya Islam, mohon nak tukar agama jadi Kristian, jadi Hindu, jadi atheist, sembah pokok, sembah batu dan segala amalan karut-marut lain, selain daripada memilih untuk menjadi seorang yang beragama Islam yang menjanjikan Syurga kepada penganutnya…
Kepada saudara seIslam sekalian, renung-renungkanlah....
Wassalam...
DARI;;KONGSIBERSAMA07.BLOGSPOT
lontong goreng
-
*Bahan-Bahan*
30 tangkai lada kering (gunting, rendam)
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
*(Kisar semua bahan di ...
14 tahun yang lalu
salam.. akak klu bab murtad ni... myb sblm ni sy hnye dgr mlalui akhbar.. tp ade ari2 sy ternmpk dgn mte sy sndri seorg wanita mcm mlayu kite sdg mngajar seorg lelaki cina ttg islam,ktenye die akn traslatekn tuk die..dr gayenye cm rancng nk kwen.. mse2 drg nk bli bku kat mph.. tp yg pst wanita islam itu xlah seislam mne skirt pn ats peha... xtau la nt siape yg mngajar siape??
BalasPadam