Khamis, 4 Februari 2010

sepohon semalu buat wanita

Pada suatu hari, si ayah berjalan-jalan bersama puteri kesayangannya …

Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, si anak terpijak pohon semalu, lalu kakinya berdarah. Si anak ini mengadu kesakitan. Dengan nada yang sedikit marah, si anak meluahkan ketidakpuasan hatinya berkaitan keberadaan pohon semalu itu yang dirasakan menghalang laluannya.

Si ayah hanya tersenyum melihat karenah si anak. Dengan tenang, si ayah berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Si anak merasa hairan lalu meminta penjelasan lanjut untuk memahaminya.

Lalu si ayah menerangkan, “Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari empat aspek:

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul 3aalamiin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita haruslah kembali ke rumah mereka apabila waktu semakin senja.”


Oleh yang demikian, buat wanita sekalian, ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia hanyalah sepohon tumbuhan yang kecil…


SESUNGGUHNYA YANG MEMBEZAKAN WANITA ISLAM DARIPADA WANITA BUKAN ISLAM IALAH SIFAT MALU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berilah ulasan sepatah dua..tapi biarla yang mesra alam