Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu berkata : "Kekasihku mewasiatkan tiga hal kepada diriku; puasa tiga hari dalam setiap bulannya, menunaikan dua rakaat dhuha, dan menunaikan solat witir sebelum tidur."
tertarik ana pada wasiat Rasulullah kepada Abu Hurairah ni.. secara umum wasiat ini juga ditujukan kepada kita.. umat Islam, kaum muslimin dan mukminin kesemuanya...
jika kita lihat pada Tiga wasiat itu, sesungguhnya sukar untuk kita melakukan.. lebih2 pulak di zaman ini, hari2 kita lebih banyak disibukkan dengan hal2 keduniaan..
terlalu banyak kekangan dan alasan yang kita utarakan..
namun, sebenarnya..
rugilah kita jika tidak mengendahkan dan menghiraukannya..
kerana wasiat ini dapat meluruskan dan menguatkan tindakan perilaku seorang muslim menuju akhlak yang terpuji, juga dapat mencegah diri kita daripada kecenderungan mengikuti hawa nafsu, rasa malas, dan lalai dalam menyebut nama Allah.
wasiat 1 : Puasa 3 hari Dalam Sebulan
amalan terpuji yang tidak pernah ditinggalkan oleh orang2 soleh, kecuali apabila mereka uzur.
Rasulullah ada menyatakan tentang kebaikan amalan puasa 3 kali dalam sebulan ini, sepertimana yang diriwayatkan oleh Rasulullah ;
"Barangsiapa yang menunaikan puasa 3 hari dalam setiap sebulan, maka bererti ia puasa selama satu tahun penuh."
wasiat 2 : Menunaikan Solat Sunat Dhuha 2 Rakaat
Solat sunat Dhuha terlalu memiliki kemuliaan yang besar apabila kita mengerjakannya.. Namun, ramai orang melalaikan solat ini, disebabkan kesibukan duniawi yang seringkali menjadi alasan kita untuk tidak menunaikannya..
Kemuliaan solat ini sama dengan solat malam.. di mana pada waktu malam pula manusia terlena dengan mimpi dan tidur lena kerana kepenatan memerah tenaga disiang hari, sehingga berat segala sendi2 untuk bangun dan menunaikan solat malam..
{nampaknye siang malam ade alasan....}
Diriwayatkan daripada Abu Dzar r.a menyatakan bahawa Rasulullah pernah bersabda :
"Pada setiap ruas jari seseorang ada kapasiti untuk bersedekah. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, memerintahkan dan menyeru kebaikan adalah sedekah. Namun dua rakaat solat Dhuha yang dilakukan oleh seseorang adalah menyamai semua itu."
Serendah-rendah solat Dhuha dilakukan dua rakaat. Rasulullah pernah menunaikannya sebanyak empat rakaat, lapan rakaat, dan juga baginda pernah menunaikannya lebih daripada lapan rakaat.
Solat Dhuha merupakan kesempatan bagi orang yang bertaubat memperbaharui taubatnya dan juga untuk mensahihkan niat dalam amal perbuatan daripada kelalaian dan sebagainya.
wasiat 3 : Menunaikan Solat Witir Sebelum Tidur
Solat sunat witir adalah Sunat Muakkad hukumnya, iaitu ibadah yang sangat dituntut kepada umat islam menunaikannya. yang mana tidak selayaknya bagi umat Islam meninggalkannya. Seharusnya ditunaikan solat witir sebelum tidur, dan tidak meninggalkannya.
Daripada Jabir r.a ;
"Barangsiapa yang khuatir tidak dapat bangun di akhir malam, maka lakukanlah solat witir di awal malam (sesudah solat isyak). Barangsiapa yang yakin dapat bangun pada akhir malam, maka hendaknya dia menunaikan solat pada akhir malam, kerana solat di akhir malam itu disaksikan oleh Malaikat dan lebih utama."
***************************************
lontong goreng
-
*Bahan-Bahan*
30 tangkai lada kering (gunting, rendam)
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
*(Kisar semua bahan di ...
14 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berilah ulasan sepatah dua..tapi biarla yang mesra alam