Khamis, 31 Disember 2009

BUATMU....IBU


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

MUNAJAT


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

TAUBAT SEORANG HAMBA


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

LUHUR...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

SALAM......


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Saidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda , “Hai Aisyah, aku berwasiat kepada engkau. Hendaklah engkau sentiasa mengingati wasiatku ini. Sesungguhnya engkau akan sentiasa di dalam kebajikan selama engkau mengingati wasiatku ini.”


Intisari wasiat Rasulullah s.a.w. tersebut dirumuskan seperti berikut. Hai Aisyah, peliharalah diri engkau. Ketahuilah bahawa sebahagaian besar daripada kaum engkau (kaum wanita) adalah menjadi kayu api di dalam neraka. Antara sebab-sebabnya ialah kerana mereka itu:

1-Tidak dapat menahan sabar dalam menghadapai kesakitan (kesusahan). Apabila dibalakan, mereka tidak bersabar.

2-Tidak memuji Allah s.w.t. di atas kemurahan Nya (mensyukuri nikmat), atau dalam erti kata lain mengkufuri nikmat.

3-Membanyakkan kata-kata yang sia-sia. Wahai Aisyah, ketahuilah bahawa:

4-Wanita yang menidak-nidakkan kebajikan (kebaikan) yang diberikan oleh suaminya akan digugurkan oleh Allah Taala akan amalannya.

5-Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, maka pada hari kiamat, Allah menjadikan lidahnya 70 hasta dan dibelitkan di tengkuknya.

6-Isteri yang memandang jahat (menuduh atau menaruh sangkaan buruk terhadap suaminya), Allah akan menghapuskan muka dan tubuhya pada hari kiamat.

7-Isteri yang tidak memenuhi kemahuan suaminya (yang halal/harus) di tempat tidur atau menyusahkan urusan ini atau mengkhianati suaminya, akan dibangkitkan Allah pada hari kiamat dengan muka yang hitam, matanya kelabu, ubun-ubunnya terikat kepada dua kakinya di dalam neraka.

8-Wanita yang mengerjakan sembahyang dan berdoa untuk dirinya tetapi tidak untuk suaminya, akan dipukul mukanya dengan sembahyangnya.

9-Wanita yang dikenakan bala ke atasnya lalu dia menampar-nampar mukanya atau mencarik-carikkan pakaiannya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka bersama dengan isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Luth dan tiada harapan mendapat kebajikan syafaat dari sesiapa pun.

10-Wanita yang berzina akan diderakan dia di hadapan segala makhluk di hadapan neraka pada hari kiamat dan tiap-tiap perbuatan zina dengan 80 cemeti daripada api.

11-Isteri yang mengandung itu adalah baginya pahala seperti berpuasa pada siang harinya dan mengerjakan qiamullail pada malamnya serta pahala berjuang fisabilillah.

12-Isteri yang bersalin, bagi tiap-tiap kesakitan yang dideritainya diganjari pahala memerdekakan seorang sahaya. Demikian juga pahalanya setiap kali menyusukan anaknya.

13-Wanita apabila bersuami dan bersabar daripada menyakiti suaminya, maka samalah dengan titik-titik darah dalam perjuangan fisabilillah. Dialah antara wanita-wanita yang qanitat (banyak beribadat kepada Allah s.w.t.)
14-Semoga Allah beri kekuatan kepada kita untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Insyaallah..

Rabu, 30 Disember 2009

doa buat suami



Ya Allah bagi Mu segala kepujian dan kesyukuran sebagaimana layak untuk Mu dengan kebesaran kekuasaanMu dan kemulian wajahMu dan ketinggiankemulianMu yang bilamana Engkau menjadikan dia sebagai suamiku

Ya Allah Engkau jadikanlah dia penyejuk mataku dan pembantu untuk aku mentaati Mu
Ya Allah Engkau jadikanlah aku sebagai penenang untuknya dan penasihat yang diberkati
Ya Allah Engkau kasihkan aku kepadanya dan kasihkanya kepada aku
Dan rezekikan kami zuriat yang soleh yang menjadi kebaikan kepada agama dan dunia
Ya Allah jadikan antara kami berdua sebagimana antara Ali dan Fatimah
Ya Allah satukan hatiku dengan hati-hati ahli keluarganya dengan rahmatMu Wahai Yang Maha Pemurah
Ya Allah tutupilah keburukanku padanya dan tutupilah keburukannya kepada ku
Dan perlihatkanlah kepadaku kebaikannya dan redhakan aku apa yang telah Kamu beri kepadaku dan berkati aku padanya
Ya Allah permudahkanlah ia bagi ku dan permudahkan urusanku bersamanya dan jauhikanlah aku keburukannya. Jadikanlah aku berpuashati dengannya dan dia berpuashati denganku
Ya Allah jadikanlah aku dimatanya hebat dan jadikanlah ia dimataku kecil
Ya Allah bukakanlah antaraku dan suamiku dan ahli keluarganya sesungguhnya Engkau sebaik-baik pembuka
Ya Allah yang menghimpunkan manusia pada hari Kiamat, himpunkan aku dan suamiku dalam kebaikan
Ya Allah Engkau jadikan aku sebagaimana yang ia sayangi dan jadikan ia sebagaimana yang aku sayangi dan jadikan kami sebagaimana yang Engkau sayangi
Ya Allah Engkau jadikan hati suamiku tergantung kepadaMu dan kemudian tergantung kepada rasulMu dan kemudian kepadaku
Ya Allah Engkaulah yang menguruskan kenikmatan dan kelazatan dalam kesusahanku, Jadikanlah kegarangannya terhadapku suatu kesejukan dan keselamatan sebagaimana engkau jadikan api ke atas nabi Ibrahim suatu kesejukan dan keselamatan
Ya Allah berikanlah petunjuk kepadanya sebagaimana yang Engkau kehendaki dan redha
Ya Allah Engkau yakinkanlah hatiku bahawa sesungguhnya aku tidak akan dicelakai dan Engkau sentiasa bersamaku
Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah
 
dari;http://www.wanmyzie.vemma.com/

Isnin, 28 Disember 2009

hakikat hidup


Seorang anak mengeluh kepada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hamper menyerah kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru.


Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur.dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangnya di atas api. Setalah air di dalam ketiga-tiga periuk tersebut mendidih, dia memasukkan lobak merah di dalam periuk pertama, telur di dalam periuk kedua, dan serbuk kopi di dalam periuk terakhir.

Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan manunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya.

Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Dia menyisihkan lobak dan menaruhnya dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya dalam mangkuk yang lain dan menuangkan kopi di mangkuk yang lain.

Lalu dia bertanya kepada anaknya, “Apa yang kau lihat nak?”

“Lobak, telur dan kopi,” jawab si anak.

Ayahnya meminta anaknya merasa lobak itu. Dia melakukannya dan berasa bahawa lobak itu sedap dimakan. Ayahnya meminta dia mengambil telur itu dan memecahkannya. Sebelum membuang kulitnya dia dapati sebiji telur rebus yang isinya sudah keras. Terakhir, ayahnya meminta untuk merasa kopi. Dia tersenyum ketika meminum kopi dengan aromanya yang wangi.

Setalah itu si anak bertanya, “Apa erti semua ini, ayah?”

Ayahnya menerangkan bahawa ketiga-tiga bahan itu telah menghadapi kesulitan yang sama, direbus dalam air dengan api yang panas tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang bebeza.

Lobak sebelum direbus kuat, keras, dan sukar dipatah-patahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan mudah dimakan. Telur pula sebelumnya mudah pecah dengan isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi pula mengalami perubahan yang unik. Setelah berada dalam rebusan air, serbuk kopi mengubah warna dan rasa air tersebut.

“Kamu termasuk golongan yang mana? Air yang panas mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan itu mendatangimu, bagaimana harys kau hadapinya? Apakah kamu seperti lobak, telur, atau kopi?” tanya ayahnya.

Bagaimana dengan anda? Apakah anda adalah lobak yang kelihatan keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, anda menyerah menjadi lembut dan kehilangan kekuatan.

Atau apakah kamu adalah telur yang pada awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis, namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian, atau apa saja cabaran dalam kehidupan akhirnya kamu menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kamu menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?

Atau adakah kamu serbuk kopi? Yang berjaya mengubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesaitan, untuk mencapai rasa yang maksimum pada suhu 100djh Celsius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi akan terasa semakin nikmat.

Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk atau memuncak, kamu akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitarmu juga menjadi semakin baik. Samalah halnya dengan serbuk kopi yang berjaya mengubah air panas yang membakarnya menjadikan ia lebih sedap dan enak untuk diminum.

dari;http://www.wanmyzie.vemma.com/

Ahad, 27 Disember 2009

taubat seorang hamba




Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,

Oh Tuhan Maha Kuasa,

Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,

Ku insafi kekurangan ini,

Ku kesali kejahilan ini,

Terimalah

Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,

Kerna hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan diri,

Ku insafi kekurangan ini,

Ku kesali kejahilan ini,

Terimalah 3x...

Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan diri,

Ku insafi kekurangan ini,

Ku kesali kejahilan ini,

Terimalah 3x....

Taubatku ini...

Ku akui kelemahan diri,

Ku insafi kekurangan ini,

Ku kesali kejahilan ini,

Terimalah 3x..

Taubatku ini...

Cinta


sebaik-baik manusia

yang tinggi akhlaknya
kerana disukai Allah
dan juga rasulNya
disenangi manusia
seluruhnya
akhlak mulia
ibarat bunga
dalam hati ada cinta
dalam jiwa ada rindudalam sanubari ada kasih
namun entah bila
akan kutemui titik pertemuan
agar bisa disatukan, untuk diserahkan rasa ini
hanya buatNya yang layak
agar nanti dapat dinikmati kemanisan
semurni cinta
setulus rasa...Pemilik Cinta Yang Maha Kaya

Sabtu, 26 Disember 2009

agungnya ciptaanMU

















dari;http://www.wanmyzie.vemma.com/

musibah...... satu ujian


• Percaya bahawa Allah Taala tidak sesekali akan menzalimi diri anda.

Jika manusia mahu menerima musibah itu umpama suatu teguran, dia tidak akan cepat melatah seraya berputus asa. Bahkan dia sanggup menerimanya umpama satu cambukan yang membangkitkan semangat bagi memperbaiki diri.

Allah SWT tidak sesekali menzalimi hamba-Nya. Ujian itu tujuannya adalah untuk membelai hati supaya lebih sensitif, peka dan waspada atas segala kesilapan yang dilakukan. Allah SWT sayang kepada anda dan mahu anda berada dekat di sisi-Nya ketika lemah dan perlukan pertolongan.

• Meyakini musibah itu menyimpan rahmat besar di sebaliknya.

Allah Taala akan menggantikan musibah itu dengan sesuatu yang lebih baik dan pasti akan menghapuskan kesakitan dengan kegembiraan. Mungkin ketika anak kecil kita meninggal dunia, kita akan lebih menyayangi anak kita yang lain.

Allah SWT menggantikan kehilangan satu jiwa dengan menghidupkan jiwa anak kita yang lain dengan iman kerana kita menjaga dan mendidik mereka dengan lebih teliti. Saat sakit yang menghampirkan nyawa ke hujungnya kita tidak mengeluh menyalahkan Tuhan akan nasib malang menderita kesakitan yang teramat sangat, bahkan menelannya dengan reda atas ketentuan-Nya sambil mengingat kembali terlalu banyak nikmat Allah yang selama ini dikecapi.

Apabila kembali sihat, bertambahlah kesyukuran itu. Lantas kita melipatgandakan ibadat kerana tidak mahu kehilangan satu saat pun di sepanjang usia kita. Bukankah semua musibah itu boleh diterima sebagai rahmat? Bukannya seksaan dan kekejaman Tuhan?

• Banyak mengingat nikmat Allah yang sudah dirasai.

Ketika sedih eloklah kita membaca surah al-Duha yang akan menghapus rasa sedih dan putus asa. Nabi SAW pernah bersedih kerana terputusnya wahyu agak lama. Suatu hari Ummu Jamil, isteri Abu Lahab mencela Rasulullah SAW dengan katanya: “Nampaknya kawan kamu itu meninggalkan kamu dan memboikot kamu.” Lalu Allah Taala menurunkan surah Al-Dhuha dengan firman-Nya bermaksud: ”Tuhanmu tidak sesekali meninggalkanmu dan tidak pula membencimu.”

Mengapa kita berasa Allah meninggalkan dan membenci kita ketika musibah datang? Perasaan ini sebenarnya berasal daripada hasutan syaitan supaya kita berputus asa dari rahmat-Nya. Firman-Nya lagi dalam surah al-Duha yang bermaksud: ”Dan sesungguhnya akhirat itu lebih baik bagimu dari kehidupan dunia. Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurnia-Nya kepadamu lalu kamu reda.”

Ayat ini seolah-olah memujuk kita supaya tabah dan menganggap kecil segala urusan dunia jika dibandingkan dengan akhirat. Ia juga menyuruh kita untuk yakin dengan janji Allah SWT yang akan menggantikan kesusahan dunia dengan kesenangan akhirat yang abadi.

Kemudian Allah SWT berfirman lagi dalam surah al-Duha bermaksud: ”Bukankah Dia mendapatimu sebagai anak yatim, lalu Dia melindungimu. Dia mendapatimu sebagai orang yang kehilangan arah lalu memberi petunjuk bagimu. Dan Dia mendapatimu sebagai orang yang serba kekurangan lalu mencukupimu.”

Hati kita pasti kembali disentuh dengan kalimah yang begitu menghiris perasaan. Betapa Allah SWT amat mengasihani diri yang tidak memiliki apa-apa ini. Jika boleh ditimbang yang manakah lebih banyak, musibah atau nikmat yang kita rasai di dunia ini?

Sungguh biadapnya lidah yang pernah berkeluh-kesah dan hati yang tidak mahu bersyukur di atas segala ketentuan-Nya.

• Segala sesuatu akibat daripada perbuatan tangan yang zalim.

Apakah dosa kita sehingga harus menerima musibah ini? Soalan sebegini bukan bermaksud tidak reda dengan ketentuan Allah SWT, tetapi lebih kepada sikap mencari keaiban diri dan mahu bermuhasabah untuk lebih mempertingkatkan iman dan amal salih.

Sudah pasti setiap sesuatu menyimpan hikmah di sebaliknya. Terpulang kepada diri sendiri bertanya, apakah menerima musibah sebagai suatu peringatan daripada Allah SWT atau langsung membutakan mata dan hati atas kesilapan yang pernah dilakukan?

Lidah boleh menafikan sekeras-kerasnya, tetapi hati dapat berasa di manakah salah silapnya. Hanya orang yang kuat imannya yang mampu menjawab setiap hikmah di sebalik setiap musibah. Tiada manusia yang lepas dari ujian hatta Nabi dan Rasul.

Bahkan Nabi dan Rasul menerima ujian yang jauh lebih berat dan tidak mampu dipikul oleh manusia biasa. Bukan bermakna ujian itu merendahkan iman seseorang, bahkan ia akan melonjakkannya ke tempat yang paling tinggi.

Berbahagialah orang yang diuji jika mereka reda dan sedikitpun tidak berubah hati kepada Allah Taala. Kita perlu membuktikan kepada Allah SWT bahawa diri ini tidak pernah berubah di dalam mencintai-Nya, biar senang ataupun susah.
WAHAI DIRI...RUGILAH MENGEJAR DUNIA SEMATA ..

ku sentiasa teringat akan ayat ini...ya Allah sedihnya kerana apa yang saya buat semuanya lebih kearah itu...sebenarnya terpanggil untuk menulis di sini kerana begitu rindukan 'usrah'...dah lame tak buat...cemburu sangat bila baca blog orang mengatakan pergi usrah...ada group usrah yang berjalan aktif tapi usrah ku tak aktif...usrah makanan rohani ku sejak pertama kali ku kenal ape itu usrah...namun sekarang ia kadang2 je muncul dalam hidupku membuatku rasa kehilangan yang mendalam ...sekarang manusia lebih memntingkan kerja daripada usrah ...tidak boleh kah ambil masa hanya 1 jam untuknya? dah terlalu lama ana simpan perasaan ini...Ya Allah temukanlah aku jiwa2 yang betul2 cintakannya kerana MU ...ingin menjalankannya keranaMu...datang dengan harapan jiwanya dekat padaMu...membawa jiwa2 syahid untuk bertemu denganMu...Ya Allah hamba inginkanMu Ya Allah...bantulah hambaMu yaAllah...tak kesahlah Ya Allah korbankan apapun hambamu ini sanggup Ya Allah...Tolonglah ya Allah...

dari;Allahhidupku.blogspot.com

Jumaat, 25 Disember 2009

Percayakah anda,jasad nabi Muhammad SAW hampir di curi



Percaya ? jika jasad nabi Muhammad SAW pernah terusik dan nyaris di curi oleh orang kafir laknatullah. Sebelum akhirnya Allah menyelamatkannya dari rencana jahat yang mengancam sang nabi tercinta. Peristiwa yang memilukan dan nyaris menampar wajah umat islam ini terjadi pada tahun 1164 M atau 557 H, sebagaimana telah dicatat oleh sejarawan Ali Hafidz dalam kitab Fusul min Tarikhi AL-Madinah Al Munawaroh.


Sebagaimana telah kita ketahui bahwa hampir dapat dipastikan bahwa sebagian besar orang yang berziarah ke masjid Nabawi pasti tak pernah lupa untuk menghampiri makam Rasulullah yang diapit oleh makam Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar. Mereka berbondong-bondong menuju makam sang nabi Fenomenal itu. Untuk sekedar melihat atau berdoa.

Peristiwa ini dilatarbelakangi oleh kondisi umat islam pada masa dinasti Abbasiyah di Baghdad dimana kondisi umat Islam yang semakin melemah dan berdiri beberapa kerajaan Islam di beberapa daerah. Tentunya hal ini tak di sia-siakan begitu saja oleh orang-orang nasrani yang merasa kesempatan emas mencoreng wajah umat Islam dan membuat umat Islam jatuh ada di depan mata. Karena ternyata diketahui diam-diam mereka telah menyusun rencana untuk mencuri jasad Nabi Muhammad. Setelah terjadi kesepakatan oleh para penguasa Eropa, mereka pun mengutus dua orang nasrani untuk menjalankan misi keji itu. Misi itu mereka laksanakan bertepatan dengan musim haji. Dimana pada musim itu banyak jamaah haji yang datang dari berbagai penjuru dunia untuk melaksanakan ibadah haji. Kedua orang nasrani ini menyamar sebagai jamaah haji dari Andalusia yang memakai pakaian khas Maroko. Kedua spionase itu ditugaskan melakukan pengintaian awal kemungkinan untuk mencari kesempatan mencuri jasad Nabi SAW.

Setelah melakukan kajian lapangan, keduanya memberanikan diri untuk menyewa sebuah penginapan yang lokasinya dekat dengan makam Rasulullah. Mereka membuat lubang dari dalam kamarnya menuju makam Rasulullah.

Belum sampai pada akhir penggalian, rencara tersebut telah digagalkan oleh Allah melalui seorang hamba yang akhirnya mengetahui rencana busuk itu

Sultan Nuruddin Mahmud bin Zanki, adalah seorang hamba sekaligus penguasa Islam kala itu yang mendapatkan petunjuk melalui mimpi akan ancaman terhadap makam Rasulullah.

Sultan mengaku bermimpi bertemu dengan Rasulullah sambil menunjuk dua orang lelaki berambut pirang dan berujar: “ Wahai Mahmud, selamatkan jasadku dari maksud jahat kedua orang ini.” Sultan terbangun dalam keadaan gelisah lalu beliau melaksanakan sholat malam dan kembali tidur. Namun, Sultan Mahmud kembali bermimpi berjumpa Rasulullah hingga tiga kali dalam semalam.

Malam itu juga Sultan segera mempersiapkan diri untuk melakukan perjalanan dari damaskus ke madinah yang memakan waktu 16 hari, dengan mengendarai kuda bersama 20 pengawal serta banyak sekali harta yang diangkut oleh puluhan kuda. Sesampainya di Madinah, sultan langsung menuju Masjid Nabawi untuk melakukan sholat di Raudhah dan berziarah ke makam Nabi SAW. Sultan bertafakur dan termenung dalam waktu yang cukup lama di depan makam Nabi SAW.

Lalu menteri Jamaluddin menanyakan sesuatu, “Apakah Baginda Sultan mengenal wajah kedua lelaki itu? “Iya”, jawab Sultan Mahmud.

Maka tidak lama kemudian Menteri Jamaludin mengumpulkan seluruh penduduk Madinah dan membagikan hadiah berupa bahan makanan sambil mencermati wajah orang yang ada dalam mimpinya. Namun sultan tidak mendapati orang yang ada di dalam mimpi itu diantara penduduk Madinah yang datang mengambil jatah makanan. Lalu menteri Jamaluddin menanyakan kepada penduduk yang masih ada di sekitar Masjid Nabawi. “Apakah diantara kalian masih ada yang belum mendapat hadiah dari Sultan?”

Tidak ada, seluruh penduduk Madinah telah mendapat hadiah dari Sultan, kecuali dua orang dari Maroko tersebut yang belum mengambil jatah sedikitpun. Keduanya orang saleh yang selalu berjamaah di Masjid Nabawi.” Ujar seorang penduduk.

Kemudian Sultan memerintahkan agar kedua orang itu dipanggil. Dan alangkah terkejutnya sultan, melihat bahwa kedua orang itu adalah yang ia lihat dalam mimpinya. Setelah ditanya, mereka mengaku sebagai jamaah dari Andalusia Spanyol. Meski sultan sudah mendesak bertanya tentang kegiatan mereka di Madinah. Mereka tetap tidak mau mengaku. Sehingga sultan meninggalkan kedua lelaki itu dalam keadaan penjagaan yang ketat.

Kemudian sultan bersama menteri dan pengawalnya pergi menuju ke penginapan kedua orang tersebut. Sesampainya di rumah itu yang di temuinya adalah tumpukan harta, sejumlah buku dalam rak dan dua buah mushaf al-Qur’an. Lalu sultan berkeliling ke kamar sebelah. Saat itu Allah memberikan ilham, sultan Mahmud tiba-tiba berinisiatif membuka tikar yang menghampar di lantai kamar tersebut. Masya Allah, Subhanallah, ditemukan sebuah papan yang di dalamnya menganga sebuah lorong panjang, dan setelah diikuti ternyata lorong itu menuju ke makam Nabi Muhammad.

Seketika itu juga, sultan segera menghampiri kedua lelaki berambut pirang tersebut dan memukulnya dengan keras. Setelah bukti ditemukan, mereka mengaku diutus oleh raja Nasrani di Eropa untuk mencuri jasad Nabi SAW. Pada pagi harinya, keduanya dijatuhi hukum penggal di dekat pintu timur makam Nabi SAW. Kemudian sultan Mahmud memerintahkan penggalian parit di sekitar makam Rasulullah dan mengisinya dengan timah. Setelah pembangunan selesai, sultan Mahmud dan rombong pun pulang ke negeri Syam untuk kembali memimpin kerajaannya.

sumber...http://indonesiabreakingnewsonline.blogspot.com/2008/07/pencurian-jasad-nabi-muhammad-saw.html

Khamis, 24 Disember 2009

syukur ya Allah


ALHAMDULILLAH YA ALLAH...


Aku bangun dari tidur hari ini. Kau berikan aku kesempatan melihat dunia ini lagi.


ALHAMDULILLAH YA ALLAH...

Dapat aku tunaikan solat hari ini tanda syukur ku pada Mu Ya Allah atas kurnia yang Kau turunkan buat hamba Mu.


ALHAMDULILLAH YA ALLAH...

Kau selamatkan aku di mana sahaja aku berada.Kau kurniakan kesihatan yang baik buat ku.


ALHAMDULILLAH YA ALLAH...

Rezeki ku di mana-mana, Subhanallah Kau lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


ALHAMDULILLAH YA ALLAH...

Rahmatilah orang-orang di sekeliling ku Ya Allah kerana kebaikan yang mereka berikan kepada ku, tiada daya aku membalas setiap satunya melainkan memohon kebaikan jua bagi mereka.


ALHAMDULILLAH YA ALLAH...

Atas hidayah dan petunjuk Mu yang tak putus-putus buat ku.

Moga istiqamah atas perkara kebaikan itu ada..InsyaAllah


ALHAMDULILLAH YA ALLAH...

Atas kesempurnaan sifat ku. Atas pergerakan minda dan fikrah ku sehari-hari.

Semuanya dari Mu Ya Allah Ya Karim....

Moga dapat ku gapai kesempurnaan akhlak yang baik walaupun sedikit.

Mudah-mudahan dipermudahkan.

Wallahu'alam....





Posted by baLQis Zafira

Rabu, 23 Disember 2009

RESEPI PERKAHWINAN BAHAGIA


Bahan-bahannya:
2 kg penuh pegangan teguh kepada Tuhan dan ajaran agama kita
1 kg rasa cinta dan kasih yang sentiasa membara
1 kg rasa kesyukuran dak ketakwaan
4 cawan rasa tanggungjawab
3 cawan daya penambat hati (appeal, daya tarikan termasuk penawar dan pelembut hati)
2 cawan penuh puji-pujian, kemesraan dan gurau senda
2 cawan pati kemanusiaan
2 cawan keyakinan diri masing-masing, dorongan dan sokongan
1 cawan rasa kepuasan
1 cawan budi bahasa
1 cawan perasaan timbang rasa
1 cawan talak ansur, toleransi atas segala kesilapan dan kelemahan kedua belah pihak
2 gelas ucapan terima kasih untuk disiram selalu
1 sukatan peruntukan kewangan yang mencukupi
2 orang anak kecil sekurang-kurangnya
4 camca penuh pengucapan maafkan daku (ini juga sangat penting untuk kebahagiaan suami isteri)
Secubit campurtangan mentua Curahkan kerjasama yang perlu dan kesediaan kerja berpasangan dan perkongsian.
Cara membuat atau mengamalkannya:
Kita adun dengan cermat semua bahan-bahan di atas dan asingkan rasa cemburu, curiga, sikap mengkritik, sikap marah dan sakit hati.
Isingkan dengan bunga-bunga cinta yang segar dan panaskan dengan bara api kesetiaan dan kejujuran.
Hiaskan dengan dua orang anak kecil dan bolehkan ditambah mengikut selera dan kemampuan diri masing-masing.

mana hero kami nie!!!

Alkisahnya penduduk lembah subang pakat pening pikir hutaaang,bukan hutang dengan ah-long tapi hutang dengan Majlis Bandaraya petaling jaya!!.

Cerita ni dah lama sangat dah.....sampai sekarang tak tau hujung pangkal.Masa awal-awal dulu ramai la yang protes maka mai la hero-hero ...(tak yah sebut nama la)al konon,boleh tolong....tup-tup, sekerat jalan saja.
sekarang ni penduduk dah dapat notis pengosongan unit,bagi yang bamyak tunggakkan,penduduk bukan tak mau bayar.....tapi dalam masa protes tu.....ada la....hero-hero kata jangan bayar...kita lawan sampai turun sewa.....ke asal...memang ada yang dah turun tak kurang pulak yang masih menjaja bil kesana-sini sebab sewa masih tak turun-turun.
Sekarang tunggakkan bertambah....walaupun penduduk ada membayar rm124.00...tapi tak boleh cover 250.00, tiap-tiap bulan
makin bertambah.MBPJ pulak minta kami bayar sekurang-kurangnya rm350.00....mana cekau sebanyak tuuuu...penduduk disini kebanyakkannya berpendapatan rendah,kalau dah bayar rm350.00 sebulan,berapa yang tinggal buat belanja rumah dan sekolah anak-anak?
Sekolah dah nak mula....lagilah parah di buatnya.Notis dah di keluarkan ...dengarnya tahun 2010 JAN akan mula operasi pengosongan ....kalau betul, mana kami nak pergi?.Mana dia hero-hero kami nie pergi...MBPJ pulak tak ada ke inisiatif yang lebih mesra penduduk untuk selesaikan masalah ni?
Mana adun,exco dan yang berjanji nak tolong,ahli dah jadi,mesyuarat dah berkali-kali pucuk pangkal tak tau apa lagi....
yang pasti asyik suruh cari ahli lagi....apa sebenar yang tersirat dan tersurat pun tak taulah.....memang ini kerja B-End dulu...khir toyo punya pasal,tapi bolehkah selesai perkara ni kalau dok salahkan orang tu,orang ni.Sekarang dah jadi tugas pakatan rakyat untuk cuba selesaikan kemelut ni.


p/s =serba salah nak cerita detail nanti ada pulak terasa hati...tapi pada yang pernah terlibat
kes kenaikkan sewa rumah ppr MBPJ ni...tolong la tengok sikit...takkan nak kena keluar
kat sinar harian lagi...malulah kita!!!!
serba salah

dari;penawanmysiteblog

Ahad, 20 Disember 2009

aku tak sempurna.....



Pimpinlah aku selalu Tuhan!

Apabila aku beramal
terjauh dari riak dan megah
Pimpinlah aku selalu Tuhan,
bila dipuji hatiku menolak
Jika aku dikeji itu memanglah layak bagiku
Sesungguhnya ENGKAU Lebih Mengetahui
Tuhan jangan jadikan aku hati yang keras

Payah menerima kebenaran
bahkan benci dan menentangnya
Lembutkan hatiku Tuhan
agar airmataku menitis mengenangkan kesalahan
Senang menerima ingatan dan pengajaran
Tuhan! Siapalah aku sebagai hamba

tentu sentiasa lalai dan cuai.
Yang penting ENGKAU ingatkan aku selalu
Setiap kali cuai dan lalai
peringatkan aku mengingati-MU.
Setiap kalu berlaku cuai, sedarkan aku.
Itulah yang aku harapkan dari-MU.
Tuhan! Jika aku berdosa, ingatkan aku bertaubat.

Bila aku cuai, ingatkan aku meminta maaf pada-MU.
Jika aku lalai, ingatkan aku pada-MU agar aku sedar.
Jika aku melihat sesuatu kejadian,
ingatkan aku itu adalah pengajaran.


KASIH SAYANG DAN RAHMAT ALLAH


Dari Umar bin Alkhaththab رضي الله عنه, katanya: “Kepada Rasulullah صلی الله عليه وسلم disampaikanlah tawanan perang. Tiba-tiba ada seorang wanita dari golongan kaum tawanan itu berjalan ketika menemukan seorang anak yang juga termasuk dalam kelompok tawanan tadi. Wanita itu lalu mengambil anak tersebut lalu diletakkannya pada perutnya, kemudian disusuinya.

Rasulullah صلی الله عليه وسلم lalu bersabda:

“Adakah engkau semua dapat mengira-ngirakan bahawa wanita ini akan sampai hati meletakkan anaknya dalam api?”
Kita – yakni para sahabat – menjawab:

“Tidak, demi Allah – maksudnya wanita yang begitu sayang pada anaknya, tidak mungkin akan sampai meletakkan anaknya dalam api.”

Selanjutnya beliau صلی الله عليه وسلم bersabda:

“Niscayalah Allah itu lebih kasih sayang kepada sekalian hamba-hambaNya daripada kasih sayangnya wanita ini kepada anaknya.” (Muttafaq ‘alaih)

Dari Abu Hurairah رضي الله عنه katanya: “Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda:

“Ketika Allah menciptakan semua makhluk, maka ditulislah olehNya dalam suatu kitab, maka kitab itu ada di sisiNya di atas ‘arasy, yang isinya: Bahawasanya kerahmatanKu itu dapat mengalahkan kemurkaanKu.” [i]

Dalam riwayat lain disebutkan: “Telah mengalahkan kemurkaanKu” dan dalam riwayat lainnyalagi disebutkan: “Telah mendahului kemurkaanKu.” – maksudnya bahwa kerahmatan itu jauh lebih besar daripada kemurkaanNya. (Muttafaq ‘alaih)

Dari Abu Hurairah رضي الله عنه pula, katanya: “Saya mendengar Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda:

“Allah menjadikan kerahmatan itu sebanyak seratus bahagian, olehNya ditahanlah yang sembilanpuluh sembilan dan diturunkanlah ke bumi yang satu bagian saja. Maka dari kerahmatan yang satu bagian itu sekalian makhluk dapat saling sayang-menyayangi, sehingga seekor binatangpun pasti mengangkat kakinya dari anaknya karena takut kalau akan mengenai – menginjak – anaknya itu.”

Dalam riwayat lain disebutkan:

“Sesungguhnya Allah Ta’ala memiliki sebanyak seratus kerahmatan dan olehNya diturunkanlah satu bagian dari seratus kerahmatan itu untuk diberikan kepada golongan jin, manusia, binatang dan segala yang merayap. Maka dengan satu kerahmatan itu mereka dapat saling kasih- mengasihi, dengannya pula dapat sayang menyayangi, bahkan dengannya pula binatang buas itu menaruh iba hati kepada anaknya. Allah mengakhirkan yang sembilanpuluh sembilan kerahmatan itu yang dengannya Allah akan merahmati hamba-hambaNya pada hari kiamat.” (Muttafaq ‘alaih)

Juga diriwayatkan Hadis seperti itu dari riwayat Salman al-Farisi رضي الله عنه, katanya: “Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda:

“Sesungguhnya Allah itu memiliki seratus kerahmatan, maka di antara seratus itu ada satu bagian kerahmatan yang dengannya sekalian makhluk dapat saling kasih-mengasihi antara sesamanya, sedang yang sembilanpuluh sembilan untuk hari kiamat nanti.”

Dalam riwayat lain disebutkan:

“Sesungguhnya Allah itu di waktu menciptakan semua langit dan bumi, diciptakan pula olehNya seratus kerahmatan, setiap kerahmatan itu dapat merupakan tutup yang memenuhi alam di antara langit dan bumi.[ii] Kemudian dari seratus tadi yang satu kerahmatan dijadikan untuk diletakkan di bumi, maka dengan satu kerahmatan inilah seseorang ibu dapat mengasihi anaknya, binatang buas dan burung, sebagian kepada setengah yang lainnya. Selanjutnya apabila telah tiba hari kiamat, Allah akan menyempurnakan dengan kerahmatan ini – yakni dilengkapkan menjadi seratus penuh.”

Ya Tuhanku berilah ampun dan berilah rahmat, dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling baik – QS 23.118
Rujukan : Riyadhus-shalihin - Imam Nawawi

--------------------------------------------------------------------------------[i] Maksudnya “KerahmatanKu itu mengalahkan atau mendahului kemurkaanKu” itu ialah bahwa kemurkaan Allah Ta’ala ataupun keridhaanNya itu kembali kepada pengertian iradah yakni kehendak Allah sendiri. Jadi sudah menjadi kehendak Allah bahawa pahala itu tentulah diberikan kepada orang yang mentaatiNya, sedangkan seseorang hamba Allah yang memperoleh kemuliaan dari Allah itu bererti mendapatkan keridhaan serta kerahmatanNya. Sebaliknya jika Allah berkehendak menyiksa orang yang melakukan kemaksiatan itupun sudah sepatutnya, sedang kehinaan yang diterima oleh manusia semacam itulah yang dinamakan kemurkaan Allah. Jadi pengertian mendahului dan mengalahkan di sini ialah kerana banyaknya kerahmatan dan apa saja yang terkandung dalam makna rahmat atau kasih sayang Allah itu.

[ii] Ini andaikata diperagakan menjadi suatu yang berbentuk sebagai benda, maka karena banyaknya kerahmatan itu, sehingga dapat memenuhi antara langit dan bumi karena amat besar dan agungnya.

Sabtu, 19 Disember 2009

nama-nama nafsu


وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي إِنَّ النَّفْسَ لأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلا مَا رَحِمَ رَبِّي إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَحِيمٌ

Yang bermaksud : Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.

Ayat di atas menerangkan kepada kita bahawa nafsu itu sering membawa kepada kejahatan melainkan nafsu yang diberi rahmat oleh Allah swt.

Di antara nama-nama nafsu ialah :

1. Nafsu Amarah : iaitu nafsu yang menyeru kepada kejahatan seperti dalil di atas.
2. Nafsu Lawamah :iaitu nafsu yang sentiasa berbelah bahagi antara kebaikkan dan kejahatan, dan bila mana seseorang itu membuat kejahatan, dia akan bertaubat.
3. Nafsu Mutmainnah : iaitu nafsu yang sentiasa terdorong membuat kebaikan dan kebajikan.
Oleh itu, perlu bagi kita mendidik nafsu agar sentiasa dalam keadaan mutmainnah iaitu yang mendorong kepada kebaikan dan kebajikan dan dijauhi dari nafsu yang sentiasa berbelah bahagi antara kebaikan dan kejahatan serta nafsu amarah yang sentiasa dalam kejahatan.

Dari Saidina Abu Bakar al-Sidiq r.a berkata :
Terdapat lima perkara yang membawa kepada kegelapan dan terdapat 5 perkara juga yang dapat menerangi kegelapan tersebut iaitu :

1. حب الدنيا ظلمة والسراج له التقوى : cintakan dunia itu adalah kegelapan dan yang meneranginya ialah ketakwaan.
2. الذنب ظلمة والسراج له التوبة : dosa itu kegelapan dan yang meneranginya adalah taubat.
3. القبر ظلمة والسراج لها لاإله إلا الله محمد رسول الله : kubur itu gelap dan yang meneranginya adalah kalimah syahadahلاإله إلا الله محمد رسول الله
4. والآخرة ظلمة والسراج لها العمل الصالح : akhirat itu kegelapan dan yang meneranginya adalah amal soleh.
5. الصراط ظلمة والسراج له اليقين :titian sirat itu kegelapan dan yang meneranginya adalah keyakinan
Kesimpulan dari petikan dan intisari huraian hadith di atas :
1. Terdapat lima perkara penting yang menjadi buruan dan kecintaan dalam kehidupan manusia yang menyebabkan mereka didalam lembah kebinasaan iaitu :
• Cintakan dunia keterlaluan
• Terlalu mengejar pangkat dan kedudukan darjat
• Cinta kepada harta dan kekayaan
• Menyintai ahli keluarga tanpa panduan agama
• Melebihkan hawa nafsu.
2. Untuk mengatasi 5 perkara tersebut, maka kita perlu mengingati 5 perkara yang sering kita lupakan iaitu :
• Mengingati hari pembalasan
• Mengingati mati sepertimana yang disebut oleh para ulamak kita, nasihat dan bimbingan yang paling mujarab ialah dengan mengingati mati "كفي بالموت واعظا"
• Menunaikan hak kepada ahli keluarga yang dicintainya dan mendidik mereka mentaati perintah Agama.
• Mengingati Allah dalam memenuhi kehendak hawa nafsu agar terbatas dengan ketaqwaan dan keimanan.
3. Rasulullah saw juga pernah bersabda :
“Sesiapa yang bersyukur, maka Allah akan tambah kesyukuran itu dengan kebaikan, sesiapa yang berdoa, Allah akan sediakan perkenan baginya, sesiapa yang beristighfar, maka Allah akan sediakan keampunan baginya, sesiapa yang memohon taubat maka Allah swt sediakan penerimaan baginya, dan sesiapa yang bersedekah, maka Allah swt menyediakan penerimaan baginya”.

Selasa, 15 Disember 2009

ITU.....KETENTUANNYA


Kita bukan Bertemu dengan orang yg salah, tetapi hakikatnya kita diberikan oleh Allah ilmu yg berharga tidak semua orang boleh merasakannya. oleh itu bersyukur dan selalu bersangka baik kpd Allah.


Cuba kita fikirkan ayat-ayat cinta ini ....

Memang ALLAH sengaja Menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi Penilai yg baik.
Memang ALLAH sengaja Menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita Sédar bahawa kita hanyalah makhluk yg Sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.
Memang ALLAH sengaja Menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, UNTUK DIRI KITA Khas.
Memang ALLAH sengaja Menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita Sédar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & penyayang kerana Mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.
Memang ALLAH sengaja Menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
Memang ALLAH sengaja Menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT jiwanya.
Memang ALLAH sengaja Menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
Memang ALLAH sengaja Menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH Mengenali KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.



p / s: Percayalah segala yang terjadi telah ditakdirkan sejak Azali, kita dihidupkan utk diuji iman sbelum Bertemu Kekuatan Ilahi. Terima kasih penulis dibawah.

dipetik dari: ditulis oleh mikagami

dari;cahayakuiman.blogdrive

nilai kasih ibu......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:


1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4.00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00



Baca Lagi...

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang sama ditulisnya.
 
dari;myhiburan.com
Kasih sayang mempunyai erti begitu tinggi nilainya sehinggakan manusia sanggup bertindak liar kerana tidak mampu mengawal perasaan. Kasih yang mengikut perasaan boleh menyimpang daripada kehendak Tuhan.

Oleh itu, kasih sayang tanpa kawalan dan berbelah bagi tidak direstui dan diredai Allah.
Dalam jiwa setiap insan pasti disemat dengan sifat kasih sayang, tetapi tidak semua berjalan di atas landasan sebenar dengan mengikut perasaan. Ada antaranya bertindak atas landasan yang dihanyuti arus kerana godaan syaitan.
Sesungguhnya kerja syaitan adalah memesong dan menyesatkan. Akibatnya jika tidak dijaga, tidak akan wujud kasih sayang dan takwa.
Tiga perkara penting dalam perjuangan kehendak manusia iaitu harta, takhta dan wanita.
Jika tidak dikawal tanpa berlandaskan garis panduan Allah yang Maha Esa, akan membawa padah yang boleh memesongkan iman manusia.
Firman Allah bermaksud: "Wahai orang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh harta dan anak daripada mengingati Allah. Dan sesiapa yang melakukan demikian, mereka itulah orang yang rugi."
- (Surah al-Munafiqin, ayat 9)
Sesiapa yang terpesong akibat berebut harta, takhta dan wanita akan melupai nilai sebenar kasih sayang dan takwa.
Mereka hanya mampu berkasih sayang di kalangan sebaya, sedangkan menyemat kebencian dan bermusuhan pula dengan lawan mereka. Rapat sesama sebulu hanya kasih mengikut nafsu. Kasih sayang dan bertakwa hanyalah kerana Allah. Fahaman walaupun tidak sama tetapi Islam menggalakkan hidup berbaik dan menjauhi sebarang masalah.

Ini dinyatakan dalam firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya orang mukmin adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah di antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat."- (Surah al-Hujurat, ayat 10)

Pada hari ini, ada umat Islam tenggelam dalam laungan ombak perjuangan, tetapi pada masa sama lupa menyemat nilai berkasih sayang mengikut landasan Islam.

Demi kerana berlainan fahaman ideologi dan pendekatan politik, mereka sanggup bertindak secara fanatikMemaki hamun sesama seagama !
Yang nyata, manusia tidak akan sefahaman sampai bila-bila, tetapi mengapa asas persaudaraan Islam pula dicabul dan dinodai.
Fahaman berbeza sepatutnya tidak menggugat hubungan bersaudara. Di manakah letaknya nilai agama?
Hidup berprinsipkan kebencian sesama saudara semakin menular dalam umat Islam hari ini tanpa takutkan dosa.
Memaki hamun, menghentam dan berdendam sesama sahabat, tidak dihiraukan lagi. Janganlah kerana hendak mengejar harta, takhta dan wanita, umat Islam sanggup memutuskan kasih sayang sesama saudara.
Umat Islam perlu sedar, perkara ini berlaku dalam masyarakat hari ini, yang mana sifat kebencian, kecam-mengecam dan dendam-mendendam adalah kenyataan yang dapat dilihat dengan jelas pada masa ini.

Perlu diingat, kebencian bukan tiket ke syurga. Sabda Nabi s.a.w dari Abu Hurairah bermaksud: "Tidaklah kamu masuk syurga tanpa beriman dan tidaklah sempurna iman kamu tanpa berkasih sayang, inginkan kamu ku tunjukkan sesuatu apabila kamu kerjakan, terwujudlah kasih sayang di kalangan kamu? Semarakkanlah salam di kalangan kamu."

Mengapakah pula salam pun sukar disambut, sedangkan sifat Muslim adalah lemah lembut.
Jika mahu meningkatkan nilai penghayatan Islam, setiap orang Islam mesti mengakui semua orang Islam adalah sau]
Allah mengiktiraf isyarat bahawa salam itu tanda seseorang Islam. Firman Allah bermaksud: "Hai orang beriman, apabila kamu pergi (berperang) di jalan Allah, maka telitilah dan janganlah kamu mengatakan kepada orang yang mengucapkan salam kepadamu: Kamu bukan seorang mukmin (lalu kamu membunuhnya) dengan maksud mencari harta benda kehidupan di dunia, kerana di sisi Allah ada harta yang banyak..." - (Surah an-Nisa, ayat 94)

Sabda Nabi s.a.w dari Abu Hurairah bermaksud: "Orang Islam bersaudara sesama Islam. Tidak boleh menganiaya dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaan) dan tidak boleh membohonginya dan tidak boleh menghinanya. Takwa itu di sini, kata Nabi sambil menunjuk ke dadanya tiga kali ,Cukup banyak kejahata

kasih yg tulus hanya dari ALLAH

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM......




Suatu ketika sti aisyah radiallahuanha iaitu isteri rasulullah saw telah di ziarahi oleh seorang ibu tua bersama 2 orang anaknya ygmana mereka bertiga ini tersangatlah lapar semasa rasulullah saw tidak ada di rumah....maka siti aisyah pun telah melayan dan menghidangkan mereka 3 biji kurma,iaitu seorang 1 biji kurma....bukanlah aisyah kedekut tak nak bagi mereka kurma lebih...walhal aisyah dan suaminya rasulullah hanya mempunyai 3 biji kurma itu saja yg tinggal.....setelah di hidangkan maka di rumah rasulullah sdh tidak ada makanan...dgn sifat ksh syg isteri rasulullah yg byk di didik oleh suaminya maka aisyah sanggup berlapar demi melihat ibu tadi bersama anaknya dpt menghilangkan kelaparan....setelah itu begitu laparnya kedua orang anak ibu tunggal tersebut sehingga keduanya makan dgn bgitu cepat sekali....dan keduanya memandang kurma ibu mereka kerana kelaparan kedua anaknya belum lenyap...walhal ibunya tadi terlebihlah lagi merasakan kelaparan yg tak terhingga....tapi dgn sbb kasih sayang seorang ibu kepada anaknya yg tak terhingga,maka ibunya telah membelah kurma tersebut utk membahagikan samarata supaya kedua anaknya mendapat seorang separuh biji kurma.....lalu kedua anaknya makan dgn bgitu cepat....dgn kelaparan ibu tadi tanpa memakan kurma membuatkan siti aisyah mengeluarkan airmata kerana terlalu sebak,sanggup lapar asalkan anaknya kenyang.....



Setelah rasulullah saw balik ke rumah....maka siti aisyah telah menceritakan perihal ibu tadi yg sanggup korbankan kelaparannya demi melihat kedua anaknya dlm keadaan kenyang kepada suaminya rasulullah saw...selepas rasulullah saw mendengar cerita daripada aisyah maka rasulullah telah bersabda: sesungguhnya Allah swt sayang pada manusia 70 kali ganda lebih daripada sayangnya ibu pada seorang anaknya.....

bagaimana sanggupnya seorang ibu berkorban utk anaknya kerana terlalu kasih dan sayang....tetapi kasih sayang Allah swt pada manusia lebih2 lah lagi sehinggakan 70 kali ganda lebih daripada seluruh kasih yg tertinggi di dunia ini.....tidak ada satu kasih pun yg dapat menandingi kasihnya Allah swt pada manusia.......



suatu ketika Allah swt perintahkan nabi nuh a.s utk dakwahkan kaum dia supaya beriman dgn Allah swt.....maka nabi nuh a.s telah buat dakwah atas kaum dia selama 950 tahun,itupun hanya lebih kuranh 80- org sahaja yg beriman mengikuti ajarannya....yg lain semuanya ingkar,bukan setakat ingkar malahan menghina,menganggu,mencederakan nabi nuh a.s sehinggakan nabi nuh a.s telah di timbuni batu yg tinggi seperti tingginya gunung ganang yg mana nabi nuh di timbun di dalamnya akibat balingan hujan daripada kaumnya yg ingkar....maka nabi nuh a.s telah putus asa dan meminta supaya Allah swt binasakan kaumnya....sebelum itu Allah swt perintahkan nabi nuh a.s membuat dan mengukir satu tembikar yg paling cantik selama tiga hari tiga malam tanpa tidur dan rehat....maka nabi nuh a.s pun telah mengikut perintah Allah swt selama tiga hari tiga mala tanpa henti,rehat dan tidur....maka terciptalah sebuah tembikar yg begitu cantik dgn ukirannya hasil pengorbanan nuh a.s menciptanya......selesai sahaja tembikar tersebut siap maka Allah swt perintahkan nabi nuh a.s supaya membaling tembikar tersebut ke tanahsupaya tembikar tersebut hancur dan binasa....maka di katakan nabi nuh a.s telah menangis dan memujuk Allah swt supaya tak pecahkan tembikar tersebut kerana dia telah korbankan seluruh masa,tidur,dan rehatnya tanpa henti selama 3 hari 3 malam,tetapi Allah swt tetap perintahkan padanya supaya baling tembikar tersebut sehingga binasa....maka dalam keadaan sayu dan berat nabi nuh a.s pun merosakkan tembikar tersebut dalam keadaan menangis....maka Allah swt bagitau pada nabi nuh a.s bahawa....BEGITULAH AKU(ALLAH) AKU MENCIPTA MANUSIA DGN BEGITU TELITI MELALUI KASIH SAYANG AKU CIPTAKAN MANUSIA,TAPI KAU (NUH) DGN SENANG MEMINTA AKU MUSNAHKAN MANUSIA...SESUNGGUHNYA AKU SAYANG PADA MANUSIA AKU CIPTAKAN MEREKA BUKAN UTK AZAB TAPI UTK SYURGA.....HANYA MEREKA YG TAK MEMPERDULIKAN AKU(ALLAH)....(dalam hadis qudsi)



Allah swt telah berfirman di dalam hadis qudsi yg mafhum.....SEORANG MANUSIA YG MENDAPAT SURAT DARIPADA KEKASIHNYA,MAKA AKAN MENGHENTIKAN SEGALA KERJANYA KERANA HENDAK MENELITI SURAT KEKASIHNYA....SEKIRANYA IA SEDANG BERJALAN MAKA IA PASTI BERHENTI,SEKIRANYA IA MAKAN IAPUN BERHENTI DARI MAKAN,SEKIRANYA SEORANG TIDUR PASTI IANYA SEDAR DAN BANGUN,HANYA SEMATA UTK MEMBACA SURAT KEKASIHNYA....SETIAP PERKATAAN DI FAHAMI DGN PENUH KHUSYUK...SEHINGGAKAN MEMBACANYA SURAT KEKASIHNYA BOLEH MEMBUATNYA TERSENYUM BOLEH MEMBUATNYA MENANGIS.....SEDANGKAN AKU(ALLAH) TELAH MEMBERIKAN SURAT DAN AYAT2 KU(ALQURAN) NAMUN MANUSIA SEMUANYA BERPALING.... MELEBIHKAN SELURUH KERJA YG LAIN DARIPADA MEMBACA AYAT2KU(ALQURAN),BILA MEREKA MEMBACA TIDAK ADA SIFAT MAHU MEMAHAMI KEHENDAKKU,SEMUANYA INGKAR DARI PERINTAHKU...MAKA SIAPAKA YG LEBIH BESAR AKU ATAU KAWAN2 KEKASIH KAMU? AYAT2KU ATAU SURAT2 KEKASIH KAMU?ADAKAH KAMU MENANGGAP AKU INI LEBIH KECIL DARIPADA SELURUH KAWAN2 DAN KEKASIH KAMU.....SEDANGKAN AKULAH YG MENGAZAB KAMU SEMUA DI HARI ESOK....(mafhum dalam hadis qudsi atau ta'lim fdhail amal atau hayatus sahabah)





Dizaman nabi musa a.s Allah swt muliakan musa dgn kerja nubuwah.....melalui perantaraan nubuwah Allah swt telah zahirkan segala kehebatan mukjizat para rasul dan bi termasuk nabi musa a.s.....nabi musa mempunyai seorang sepupu yg bernama qorun....qorun sorang yg miskin...setiap hari dia mengikuiti ajaran nabi musa dan meminta nabi musa supaya mendoakan kepada Allah supaya Allah swt berikan dia kekayaan dan menbghilangkjan sgl kemiskinannya....maka nabi musa pun berhajat pada Allah dan Allah swt pun telah mengabulkan permintaan qorun melalui doa nabi musa a.s......selepas beberapa waktu maka qorun pun telah menjadi kaya....memiliki harta yg begitu banyak sehingga dia menjadi hebat kerana hartanya....natijah daripada kebesaran hartnya yg banyak maka dia telah di lantik menjadi pembesar dan pemimpin di tempat itu....dikatakan sebahagian riwayat harta qorun melimpah begitu banyak di muka bumi ini sehingga kunci2 gedung2 tempat hartanya di bawa dan di simpan pada 70 ribu ekor unta yg besar....di seluruh permukaan bumi ini terdapat gedung dan istana hartanya sehingga ke hari ini manusia menggelar harta yg di jumpai adalah harta karun....maka asbab kekayan dan kebesarannya qorun telah lupa diri.....daripada seorang tawadhuk menjadi seorang yg bongkak...daripada seorang yg mendengar ajaran musa a.s menjadi seorang yg sombong pada Allah swt.....sehingga ke suatu hari qorun telah marah meluap2 kerana terlalu menyampah dan bosan dgn ajaran nabi musa a.s.....maka qorun telah membuat satu perancangan yg jahat terhada musa a.s....dgn mengumpulkan semua rakyat dan mengupah seorang pelacur dan mengaku di depan khalayak ramai yg dia telah berzina dgn nabi musa a.s....semata2 utk menghina dan malukan musa supaya musa a.s menghentikan dakwahnya....maka nabi musa pun di panggil di hadapan khayalak ramai dan pelacur pun membuat pengunguman di depan semua manusia yg ramai, ygmana dia memfitnahkan yg nabi musa telah berzina dgnnya....maka semua manusia pun terkejut dan mengejek nabi musa a.s....ada yg memaki hamun dn sebagainya......maka dgn keadaan terperanjat nabi musa telah menunjuk pelacur tersebut dgn jarinya dan bertanya kembali....dgn penuh gementar seorang pelacur mendapat telunjuk dari seorang pesuruh Allah yg maksum maka pelacur tersebut terlalu takut....di katakan pada masa itu sekiranya dia tak mengatakan yg benar maka pasti dia akan mati pada masa itu juga kerana terlalu takut pada telunjuk pesuruh Allah.....maka pelacur tersebut pun telah mengatakan yg benar yg mana qorun telah mengupahkannya utk memfitnahkan nabi musa.....dgn serta merta nabi musa menangis kerana terlalu marah akibat perbuatan sepupunya qorun yg sanggup melakukan perkara demikian.....lalu nabi musa doa kepada Allah supaya qorun di telan bumi.....maka masa itu juga bumi menelan qorun seperti manusia menelan makanan,qorun di telan dgn seluruh harta2nya di muka bumi ini....dalam masa bumi menelan qorun dan hartanya qorun sempat meminta ampun pada musa a.s sebanyak 7 kali namun musa a.s sikit pun tidak memandangnya kerana perbuatan qorun telalu melampau....maka bumi pun tertutup menelan seluruh qorun dan hartanya....setelah itu Allah swt berfirman...: WAHAI MUSA BEGITU KEJAM SEKALI KAMU...QORUN MEMINTA AMPUN DGN KAMU SEBANYAK 7 KALI TAPI KAMU SIKIT PUN TIDAK MEMANDANGNYA.....BAHKAN KALAULAH DIA MEMINTA AMPUN DGN AKU(ALLAH) WALAU SEKALI PASTI AKU AKAN MENGAMPUNINYA.....



banyak lagi cerita yg Allah swt sebut dalam al quran bukti yg mana Allah swt begitu kasih dan cinta pada manusia...namun manusia itu tak pernah memahami kasih sayang Allah....

suatu ketika rasulullah saw telah menceritakan kepada para sahabatnya tentang seorang saudagar yg membawa keldai utk pergi berniaga....dalam perjalanan diapun rehat dan membiarkan keldainya di sebelah dan mengikatnya.....bila ia bangun keldainya sdh hilang entah ke mana......maka di padang pasir yg luas itu sekiranya tak ada asbab kenderaan iaitu keldai mahupun unta maka manusia akan mati kepanasan kerana berjalan kakli beribu2 batu......dalam pencarian saudagar tersebut setelah 7 hari tidak jumpa juga maka saudagar tersebut telah berputus asa dan hanya berserah pada Allah swt.....dlm keadaan itu dia pun tertidur dan mimpi bahwasanya keldainya ada di sebelahnya ....apabila ianya sedar maka dilihatnya di sebelah keldainya sudah ada....maka begitu gembiranya ia sehingga menyebut Allah hurabbi byk kali dan dalam keadaan tak sedar tersebut ana rabbi...rasulullah saw bagitau keadaan seorang gembira sehingga tesasul menyebut yg salah kerana terlalu gemira....maka rasullullah bagitau mafhum begitula jg Allah swt....dan pastinya Allah swt itu terlebih lebih lebih lagi lah gembira apabila seorang manusia yg jauh daripada Allah dan bertaubat utk dekat pada Allah swt lebih daripada gembiranya saudagar itu tadi.......



demikian kiasan dan kesah kasih cinta Allah pada hambaNya....sebenarnya banyak lagi kesah cuma sy terpaksa berhenti kerana di kuasai dgn ngantuk....maafkan sy....namun perlulah kita ketahui dan sedar yg mana Allah sahaja lah tempat kita bergantung....bila Allah swt tempat kita bergantung perantaraan cara hidup sunnah rasulullah saw maka Allah swt akan hadirkan nur ketenangan yg menguasai di hati manusia sehingga manusia itu merasakan Allah swt betul2 dekat pada nya sehingga setiap pernafasan yg berdetik bermula dan terlihat melalui bashirah tentang pertemuan ini....iaitu pertemuan pada Allah swt dlm stiap detik dn hidup....kerana Allah swt telah menjanjikan cintaNya melalui perantaraan amalan asbab pengorbanan keikhlasan yg tulus pasti menusuk di hati.....bukti cintaNya....barang siapa yg pernah sebut nam Allah walau sekali,takut kan Allah walau sekejap,ingatkan Allah walau seketika,fikir kebesaranNya walau sedetik,pasti dan pasti ianya akan masuk ke syurga dgn rahim Allah walau terpaksa di basuh dahulu dalam api neraka.......wallahualam...
 
dari;syukur.org/v4

kasih Allah


dlm hidup sebenarnya bila mana kita dihimpit dgn kesusahan dan teknan..hikmah yg kita tak penah sedar adalah kasih sayang Tuhan ketika kesusahan kita..
sebenarnya kesusahan kita adalah kasih sayang Tuhan agar kita kembali mengingatiNya kerana kealpaan kita pada dunia hingga mengabaikan tanggungjawab kita sebagai hamba Tuhan..
seberat mana pun ujian dan tekanan yg kita rasa..tapi sebenarnya kita mampu memikulnya kerana janji Tuhan takkan membebankan hamba-hambaNya dgn ujian yg tak mampu di tanggung..
kerana melalui kesusahan..tanggungjawab dan teknan jugaklah..kita akan belajar utk lebih sabar, utk lebih memahami akan situasi pendek kata itu la salah satu ilmu yg menjadikan kita lebih dewasa..
walaupun kadang2 kita tahu akan sbb dan akibat..tapi sebagai manusia..sikap lupa tetap ada..oleh sbb itu jugaklah..islam menggalakkan kita berada dalam jemaah..agar kita akan sama2 saling mengingati dalam satu jemaah...
jadik..dikala kita dihimpit kesusahan hati..jgn la kita bersedih...sbb hakikatnya kita tak pernah ditinggalkan keseorangan..

dari;sketchesaku.fotopages

Ahad, 13 Disember 2009

buatmu..ibu

Terdetik dihati ingin bersua,menatap wajahmu yg bersih mulia,yang kian di mamah usia,
Dibalik kedut wajahmu itu,tertanam pelbagai kisah gembira.....sedih.....suka...dan,pilu.
Pengorbananmu selayak ibu mithali,walau tanpa suami disisi,insan agung bertahta dihati,yang telah pergi menyahut seruan ilahi.
Setinggi penghargaan buatmu ibu,mengasuh diriku tak pernah jemu,mencurah padaku selautan ilmu,mengenalkan daku pada tuhan yg satu,
Akhir kata,aku memohon .mudahan dirimu rahmati tuhan ,di panjangkan umur..
Ampunkan segala dosa dan keterlanjuran,kesedihanmu yang pernah ku undang,
kerana ku sedar...hanya dengan redhamu,kan ku kecapi nikmat TUHAN.

Puisi ni di ambildari satublog.......ku tujukan khas buat ibu tercinta(som bt yahaya)

Sabtu, 12 Disember 2009

http://www.emailcashpro.com
http://www.emailcashpro.comhttp://www.emailcashpro.com

Kelebihan layanan wanita(3)

   Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yg baik ,apatahlagi dari wanita yg sangat dikasihi seperti ibu dan isteri.Layanan baik yg disalurkan kepada orang yg berhak menerimanya,bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah malah memungkinkan setiap yg  dihajati di perolehi.

         Kelebihan doa wanita(4)
  
  Doa kaum wanita lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki.Sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w,
        ''Doa ibu itu lebih cepat makbul'',orang bertanya,''kenapa ya rasulullah?''.Jawab baginda ;''ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yg penyayang tidak akan disia-sia.

 artikel dari;
           I    Portal Hospt Kulim

Rabu, 9 Disember 2009

Pentingnya sifat kasih sayang.......

penting nya kita memupuk kasih sayang kerana apabila kasih sayang ini berjaya di pupuk secara tak langsung akan mewujudkan sifat penyayang.iIanya lebih cenderung kepada sifat perihatin.kita semua memerlukan kasih sayang hinggakanada antara kita sanggup mencarinya,kerana ia membawa makna yg besar dalam hidup.
Kasih sayang perludi bentuk dari dalam perut ibu lagi.semasa proses mengandung,ibu hendaklah menerapkan kasih sayang pada yg sedang di kandung.Berinteraksidgn yg berada didalam kandungan adalah cara terbaik untuk memupuk kasih sayang.sebab setiap kelahiran amat berharga.
Ibu-bapa memainkan peranan penting dalam usaha mewujudkan masyarakat penyayang.justeru itu,ibu-bapa perlu menjadi contoh yg terbaik kepada anak-anak.Di samping itu,ibu-bapa sendiri perlu mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak kerana secara tidak langsung anak itu  akan menjadi seorang yg memiliki sifat penyayang dan memahami erti kasih sayang.
Tingkatkan kasih sayang setiap masa .Jangan terlalu berkira memberi kasih sayang.Usia bukan penentu jumlah kasih sayang yg di berikan,kerana setiap yg hidup memerlukan kasih sayang.

Rabu, 25 November 2009

belaian ibu

tersentuh dgn lirik lagu 'belaian ibu'' dari Hijjaz,lalu  di semadikan di dalam blog ku ini...........
              tertanam naluri keibuan amat mendalam,
              di jiwa insan yg mendambakan kebahagiaan,
              oh......ibu.....
dibahu mu tergalas beban,
perjalanan mu penuh rintangan,
kau titipkan kasih sayang,
sejujur pengorbanan tak ku nafikan,
               disaat kita berjauhan ,
               rasa ingin ku berlari,
               mendakapimu penuh girang
               bak si kecil kehilangan,
kau insan penyayang ,
betapa ku merindu, lembutnya belaianmu,
membuat ku terlenaa,
               diwajah terlukis tenang,
               debar didada kau rahsiakan,
                ku pastikan dikau aman,
                dikurnia sejahtera, takku lupakan,
tida aku tanpa ibu,hanya(kau)satu didunia,
bertakhta dikau dijiwaku,
kaulah ibu yg tercinta,
               kau insan pengasih,betapa ku mengharap,
               hadirnya restumu,membawaku ke syurga,
bersemi belaian berpanjangan,
darimu insan yg mendoakan kebahagiaan anak-anakmu,
oh.......ibu... 

Isnin, 23 November 2009

puisipedoman buat isteri (2)

You belong to your husband, berbaktilah him,
dahulukan dia atas segalanya,
kerana syurga di telapak kakinya,
untuk peringatan buat yg lalai,

dan pedoman bagi yg lalai,
       jaga masa makannya,juga waktu tidurnya,
       kerana.....
       perut  kosong hilang bicara,
       mata mengantuk hilang kesabaran di dada,
simpan dulu kerianganmu,jika dia berduka,
pendamkan kesedihanmu,di kala dia gembira,
kerana dia yg pertama dan utama,
berkorban lah untuk segalanya,
nescaya Allah, adil sifatnya.

Ahad, 22 November 2009

puisi pedoman buat isteri (1)

kau milik suamimu,anggap diri sebagai hamba,
tentu suamimu jadi teman setia,
relakan hatimu apa yg ada,
sucikan hatimu dgn taat setia,
hulurkan ttangan mu,bergandingan dengannya,
jauhi yg burukdan jelik mata,
agar tidak mengguris rasa.
      sembunyikan suram wajahmu,hadirkan cahaya cinta,
      niburkan hatinya dikala kesepian,
      tenangkan jiwanya saat meragukan,
      kerna.......
      kasihmu tidak kemana ,
      jika hatimu tidak sejiwa,
      jangan ada bibit curiga,hanya luahkan rasa cinta dan bahagia seperti di syurga.

Sabtu, 21 November 2009

petua masalah rambut beruban

jika anda mengalami masalah rambut yg cepat beruban,anda boleh mengatasinya dgn petua tradisional.
Caranya,ambil sepuluh helai daun buluh,siat-siatkan supaya halus,selepas itu sapukan rata pada rambut anda.Selamat mencuba.

Aiman Tak Kisah...........siapa tahu?!!

demam upsr....rata-rata org yg memperkatakannya...ada suka dan duka dgn keputusan yg diterima,tak kira pd ibu-bapa atau pada pelajar itu sendiri.Tahun lepas,aku juga spt org lain,b'debar menanti result anak sulung ku...Aiman.Namun jujur ku katakan,aku tak terlalu m'harapkan keputusan yg terbaik,kenapa??bkn kerana tak yakin pada anak tapi ada sebabnya.....Tahun 2008 tahun penuh dugaan,fizikal,emosi dan ekonomi atau lebih tepat eko-no-money.Aku....m'gandungkan anak ke-6 dgn membawa berbagai komplikasi dan mabuk yg terlampau,tak dpt m'jalankan kerja rumah dgn baik,hanya sesekali saja dpt ku pantau pelajaran Aiman.Suamiku...mengalami sakit lutut kesan kemalangan lama .....takdapat bekerja seperti selalu,kadang pergi kadang tidak.                                                                                                                               
UPSR jatuh di bulan puasa,dgn sifat tak kisahnya, Aiman nampak cool je,walau hampir exam.rutin hariannya di bulan puasa,bwk adik-adik b'buka di surau(nak sedap kata mereka)lepas maghrib Aiman akan hantar adik2 balik ,dia ke surau semula untuk solat terawikh.Selesai terawikh,cuci pinggan di surau untuk dapatkan upah rm2,adakalanya dpt bwk balik kuih yg lebih utk adik-adik.Persiapan utk peperiksaan hanya pd fizikal dan mental,pensil baru, pencil box baru atau apa saja yg baru spt org lain mmg tak ada.Aiman tetap tak kisah,katanya"biarlah pensil pendek asal boleh tulis.Namun ku belikan juga pensil utknya walau murahSelalu aku berpesan pdnya banyakkan b\doa dlm sembahyang di bulan mulia ini,moga Allah kasihkan kita"Dalam hati berkata ,klu Aiman tak A pun,aku tak kisah,krn kesusahan yg di tanggung nya lebih b\nilai dari 10 A.Apa saa hal di dahulukan adik-adiknya.Bulan 11 stlh 2mggu aku b'pantang, keputusan UPSR keluar,ketika itu aku b'pantang di rumah kakakku di gombak.Tak sabar tggu p'gilan dari Aiman.Berdering saja telefon,Aiman nyatakan,dia m'dapat 2A2B1C,aLHAMDULILLAH.....Inilah berkat berdoa dan rajin sembahyang,ganjaran yg diberi Allah sggh b'makna walau tak m'dapat 5A, itu pun dah cukupppp......            Jangan rebah kiranya hilang sinar mentari,jgn menangis jika di datangkanNya,kilat dan petir,kerana sebaliknya Allah mahu menghadiahkan kita sinar pelangi.